Total Pageviews

Saturday, October 19, 2013

Anuar Rashid

Telah dipertanggungjawabkan untuk mengkuratorkan pameran Anuar Rashid untuk 2014. Aku harap ini projek kuratorial aku yang terakhir...aku harus tumpu pada kerja-kerja konservasi dan pengurusan koleksi. Dah berjanji dengan para sahabat dan diri sendiri untuk memberikan tumpuan dalam kerja konservasi dan memberi sedikit 'tunjuk ajar' pada kerja-kerja yang sepatutnya...

Anyway...tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan dahulu.
 dalam pertemuan aku dengan Anuar Rashid kami telah berbincang tentang objektif pameran ini. Beliau bersetuju untuk tidak memikirkan soal nak jual karya dalam pameran ini... aku mahu dia bebas dari memikirkan dinding siapa atau rumah kolektor mana karya beliau akan tergantung selepas pameran. Walaupun ada beberapa kali pihak pedagang yang menawarkan diri untuk masuk dalam apa saja watak dalam pelaksanaan pameran ni.

The End of The Beginning and The Beginning of The End  adalah antara kata kunci penerokaan pameran ini. 'My Story' adalah tajuk pilihan beliau yang akan bercerita secara lisan dan visual untuk perjalanan karma-karya dalam pameran ini.

Aku masih melihat dan mengkaji pendekatan yang paling sesuai untuk menangani pameran ini..apakah thesisnya? apakah keperluan pelukis dan keperluan audience...perlu jumpa beberapa kurator berpengalaman untuk berguru dan berbincang bagi membantu aku dalam pameran ini..Erry, Faizal, Hasnul...Zanita, Alizam, Bakhtiar aku perlukan pandangan depa dan Sei Hon dan Badrul dan beberapa orang lagi ...mungkin juga Hanim ...








2 comments:

Khairudin Bin Abdul Hamid ( KbAH ) said...

Tak sabaq menunggu wahai bro Amer... Bersembang dengan Anuar Rashid ibarat dibawa ke 'dimensi' dunia yang lain... Ralit... Boleh hanyut dibuai-buai...

Anonymous said...

Good Job brother