Thursday, November 12, 2009

Gansu

Si suami sedang membakar kebab
Si isteri sedang menyediakan sup kepala kambing

Jadi makan malam aku, roti nan dan kebab dengan teh cina RM7 saja..

Di sebuah lokasi rahsia di Gansu, driver bas kami pun tak tahu ada perpustakaan di atas gunung ini. Perpustakaan rahsia ini dibina pada tahun 60an semasa konfrantasi China- Russia. China risau khazanah buku ribuan tahun koleksi maharaja zaman silam kemungkinan musnah jika perang dengan Russia telah menjalankan operasi rahsia memindahkan buku-buku ini hampir 2000 km dari Beijing.

Dalam perjalanan dengan bot melalui sungai kuning ke kawasan monasteri tibet zaman silam yang mengandungi grotos dan lukisan dinding budha dinasti tang.
Bodhisatwa yang diukir terus dari batu merah ini mengingatkan aku pada Bamiyan di Ganhdahara/afghanistan





Friday, November 6, 2009

Atas jambatan di atas Sungai Kuning bersama Prof Ba Maung pakar kajian etnik Mon dari Myanmar

Jumpa Dr Ba Maung di China, kami kongsi pendapat tentang kebudayaan dan masyarakat Mon di tanah besar Asia Tenggara sebelum empayar-empayar lain muncul. Banyak yang aku belajar tentang hubungan Kedah dengan Myanmar pada zaman dahulu, begitu juga beberapa sejarah Burma bukan versi orang putih dan tai. amat menarik..
Yang paling menarik ada cerita rakyat dari Myanmar berkenaan seorang rajanya yang mendapat ilham mencipta sejenis alat muzik tradisional Myanmar selepas menyaksi dan mendengar bunyi buah jatuh ke dalam air dan dimakan oleh ikan di sebuah tempat hujung semenanjung pada zaman dahulu.

Aku sedang cuba mendapatkan beberapa buah buku tulisan beliau tentang teori dan sejarah Mon di Asia Tenggara. tapi dalam bahasa burma...


I met Dr Ba Maung a professor in history and ethnic studies from Myanmar in China recently. We were attending the ASEAN + 3 workshop on Preservation of Intagible Cultural Heritage in China on the 11 to 24 of November 2009. We have travel together by plane, train, busses, boat and on the backs of camel(Gobi desert) throught the ancient and historical site in China, from Beijing to Lanzhou, Jiayuguan, Dunhuang and Xian. We share a same thought regarding the theory of Mon's culture and ancient civilization of SEA mainland before the emerging of Serivijaya in the peninsular...

Monday, July 13, 2009

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI? BIG PAINTING BIG MONEY UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Diego Rivera: Man at the Crossroads. Fresco,1934. Palace of Fine Arts, Mexico City.
Sesiapa yang berminat sila baca info dibawah...


JEMPUTAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGHASILKAN BIG PAINTING

'1 MALAYSIA'


Menyedari akan tarikan catan kontemporari pada masa kini dikalangan golongan muda, pengumpul seni, pasaran seni, pelawat dan peminat seni amnya dan juga kekaguman yang tinggi masyarakat terhadap karya-karya catan bersaiz besar, bersifat muralis telah mendorong BSLN untuk menganjurkan Pertandingan Catan Muralis Kontemporari ‘1 Malaysia’ ini.


Ke arah pemupukan dan penghayatan yang lebih berkesan melalui seni tampak, program sebegini dapat menyumbang mempertingkatkan lagi kefahaman masyarakat untuk lebih menghargai ‘1 Malaysia’ melalui seni tampak yang tidak mempunyai sempadan ras dan bahasa


Sebanyak tiga karya akhir akan dipilih untuk dikomisyenkan kepada pelukis untuk disiapkan dalam masa tiga minggu. Pelukis akan diberikan honororium RM 5,000.00 dan bahan untuk memyiapkan karya tempat pertama, kedua dan ketiga.


Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

i. RM30,000.00 beserta sijil untuk tempat pertama.
ii. RM20,000.00 beserta sijil untuk tempat ke dua.
iii. RM10,000.00 beserta sijil untuk tempat ke tiga.


SYARAT PERTANDINGAN
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia tidak mengira peringkat umur dan latarbelakang.
2. Tema adalah berkaitan dengan wawasan ‘1 Malaysia’ yang merangkumi perlakuan, sikap, tuturkata dan jati diri serta berkaitan dengan perkara -perkara yang murni dan positif yang dapat dijadikan teladan baik dan ikutan individu lain dan hendaklah mengandungi semua lapan nilai ‘1 Malaysia’ iaitu :
i. Budaya Kecemerlangan
ii. Ketabahan
iii. Rendah Hati
iv. Penerimaan
v. Kesetiaan
vi. Meritokrasi
vii. Integriti
viii. Pendidikan
3. Setiap lukisan mural yang dipertandingkan adalah karya yang asli dan dibuat pada tahun dipertandingkan iaitu tahun 2009 sahaja.
4. Ukuran / saiz karya sebenar hendaklah berukuran 10 x 20 kaki.
5. Setiap penyertaan perlu menghantar imej dalam bentuk foto berukuran 297mm x 210mm(A3) dan imej dalam bentuk digital dalam cakera padat (CD) dengan format Jpeg, Tiff dpi dengan resolusi tinggi 514 pixels x 70 pixels bagi setiap karya.
6. Setiap penyertaan perlu melampirkan folio termasuk penyataan ringkas tentang mesej Lukisan Mural yang dibuat bersama dengan data teknikal tentang bahantara.
7. Tarikh tutup penyertaan adalah 27 Julai 2009.


Sila hubungi urusetia di BSLN

Thursday, June 18, 2009

The Creative Industries and their Economic Benefits

Forward from NAG;

The National Art Gallery warmly invites you to a talks by Professor Dr Allan Whitfield on The Creative Industries and their Economic Benefits, 26 June 2009, 10.00 am – 12.00 noon, Auditorium, 1st Floor, Balai Seni Lukis Negara / National Art Gallery of Malaysia.

The Creative Industries and their Economic Benefits
The Creative Industries comprise a wide range of cultural activities ranging from art, exhibitions, music and theatre to design, publishing, video production and creative IT. Superficially, they appears as cultural pursuits of little economic benefit to the nation. They appears as a cost to the nation, often requiring subsidy and patronage. Recent economic research, however, reverses this view. The Creative Industries provide massive financial benefits and considerable employment. Furthermore, they are major areas of economic growth and contribute significantly to the GDP of those nations that invest in them. For this reason they have been embraced by countries as diverse as the UK, Finland, Singapore and China, with government policies designed to expand them.

Professor Dr Allan Whitfield
Professor Dr Allan Whitfield is Research Professor in the Faculty of Design at Swinburne University of Technology, Melbourne, Australia. He has worked extensively in the field of Art & Design in both the UK and Australia, and lectured internationally. His research interests span science and the arts, and his publications reflect this divide, ranging from Vision Research and Perception & Psychophysics to Design Issues and the Design Journal. An emerging interest is in the economic benefits of what are termed the Creative Industries, the subjects of this presentation.

Monday, June 15, 2009

SEBELAH SANA DUNIA

Gambar 2005 masa misi ke Museo de pre Colombino, Santiago, Chile.

Misi untuk uruskan pemeriksaan dan pengambilan koleksi negara yang dipinjamkan ke sana. dan bincang dengan miss pillar aliande dia punya head conservator pasal program kat KL.
Visit MALBA to see the DADA gangs of eleven from the collection of The Israel Museum, Jerusalem.
The textile conservator document the fabric color with colory meter.

Sweet maria the assistant conservator preparing the ancient technique of 'mapuche' string code which spell my name and the day that i arrived in chile, a souvinier for me. mapuche indians is the native of chile.

Rodriguez the metal conservator gave yanna a hand. dia yang jadi tour guide and teman di santiago. seorang peminat heavy metal hispanic.



Dua orang gadis itu adalah student university yang buat part time. Di chile, sesiapa pun boleh buat part time di public institution, kerja half day saja. dan mereka diberi vaucher makan tengahari untuk makan dimana-mana food court milik kerajaan. kiranya kerja untuk lepas duit makan. satu cara kerajaan jaga perut rakyat dia.

With Pillar and her team.


Thursday, June 11, 2009

CONSERVE

Dr Tom Learner, Getty Conservation Institute- Modern Paints

'20th century in PAINT'

-kenapa abad ke 20 bukan abad ke 21

-pasal semua paint yang digunakan oleh artis abad 21 adalah bahan yang dicipta di abad yang lalu( 20th C)
ahli APTTCARN tengah dengar taklimat di Australia Synchroton sebuah pusat penyelidikan yang memberikan ruang pada penyelidik untuk mengkaji potensi sinaran dan radiasi yang dibekalkan di pusat ini, penyeelidik boleh apply diaorang tak kenakan fee tapi berdasarkan merit dan topik yang hendak dikaji. sebelah aku anna labrador from national univ.of phillipine.


Jadi ahli APTCCARN dan Balai jadi organizations partner. Hadir second meeting dan konferen. 1st meeting di Balai pada 2008.


APTCCARN adalah sebuah kumpulan jaringan penyelidikan konservasi yang terhasil daripada projek Australia Research Council pada tahun 2003-2005 yang bertajuk ‘The Behaviour of Western Artist’s Materials in Tropical Climates’ yang diadakan bersama dengan beberapa buah muzium seni dan universiti di Asia Tenggara dan Australia.


Pada tahun ini mesyuarat dan persidangan APTTCARN yang kedua telah diadakan di Center for Cultural Material Conservation (CCMC) University of Melbourne Australia pada 24 dan 25 Mac 2009.


Ahli APTCCARN


Universiti Melbourne, Gett Conservation Institute, National Gallery of Victoria, Tasmanian Museum and Art Gallery, Art Gallery of New South Wales, ArtLab Australia, SEAMEO-SPAFA, Queensland Art Gallery, The Board of Trustees of Tate Gallery dan The University of Queensland.
Jaringan ini menyediakan forum untuk identifikasi dan perbincangan tentang penyelidikan yang menfokuskan kepada konservasi dan analisa sainstifik catan abad ke 20 di Asia-Pasifik.

Tengah goreng depan member lain di University of Melbourne, Dr Tom Learner tengah dengar. dia ni pakar bahan campuran dari Getty Conservation institute. cadang jemput dia untuk sharing knowlwedge dengan geng and researcher kat KL sebelah dia Dr Chiraporn dari Thailand.




Bitumen / asphalt adalah bahan popular atas karya pelukis kontem Malaysia



PENYELIDIKAN KONSERVASI CATAN APTCCARN 2009-2011


Tajuk penyelidikan adalah ‘The 20th Century in Paint’. Penyelidikan ini menfokuskan kepada bahan catan dan cat yang dihasilkan pada abad ke 20.


Sasaran
Beberapa kumpulan pelukis dan jenis bahan telah dikenal pasti oleh BSLN bagi dijadikan bahan kajian untuk projek penyelidikan ini. Kumpulan pelukis yang disasarkan ialah pelukis awal dan kontemporari yang terlibat secara aktif dengan penggunaan bahan bukan konvesional dan memepengaruhi atau menurunkan pendekatan tersebut kepada generasi seterusnya.


Selain daripada mengumpul data dan kajian terhadap bahan baru atau bahan non-konvesional yang digunakan oleh pelukis, kajian ini juga akan memberi perhatian khusus terhadap karya-karya yang didominasi oleh penggunaan bitumen.


Semoga dengan adanya inisiatif dan komitmen ini serta sokongan kepakaran institusi konservasi antarabangsa dan lain-lain rakan APTCCARN akan membuka lembaran baru terhadap penghayatan seni moden dan kontemporari negara melalui peningkatan kesedaran terhadap karektoristik dan kepentingan bahantara.


hey..infrared camera going to be with us before end of july. harapnya begitu..

Thursday, February 19, 2009

KEMBALINYA PELUKIS AGUNG KEPADA YANG MAHA AGUNG


ARE YOU ALONE UP THERE?/ANDA SEORANG DIRI DISANA?
1969
Allyarham Ibrahim Hussein, Dato'(1936-19 Feb 2009)
Printage, Acrylic on canvas
152.5 x 152.5 cm
(imej dari buku Retrospektif Ibrahim Hussein 1986, penerbit BSLN)

Aku senyapkan mode hp, aku bersama Adam anak aku melangkah masuk ke dalam Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi waktu dah dekat maghrib 18 Februari 2009. Selepas solat sunat masjid, hp ku menyala ada mesej dari Wairah "Aslmkm.Just Notified Ib is seriously ill now in Pantai Medical Ctr, 1st flr.Ddoakan segera sembuh.For warding info fr Ismail Mustam.Waira".. terkeluar wajah-wajah Ibrahim Hussein dalam kepala ku ..dan terus reply "tq" dan forward kepada Dr Najib, Zul Yusof dan Jai.

Baru minggu lepas aku kena marah dengan Jai pasai suroh dia cek samada Zakii Anuar hidup atau mati selepas aku dapat pertanyaan dari Zul Yusoff yang dengar dari anak buah dia di Tg Malim.Zul balas balik imediately "saya akan segera ke sana". dan "terima kasih" dari Dr Najib.

Kemudian lebih kurang lepas Isyak aku dapat lagi sms dari Wairah " Ib had a mild heart attack n a vessel burst again.He is recovering and breathing on tubes.Please doa for his full recovery."Legaa sikit bila dengar 'mild' dan 'recovering'..terkenang aku masa mula-mula kawin dulu, aku kena bawak bini ziarah sedara, salah sorang ialah rumah tok ndak aku di Kupang, Baling, Kedah. Tok ndak jantan aku tu bekas s.c zaman dharurat dan jadi tukang sembelih lembu dan kerbau kemudiannya, dia dah lama balik(ninggal dunia) tinggal tok ndak pompuan aku saja la ni.

Tok ndak aku ni seorang perempuan yang handal jugak(dia cakap slang kedah ulu), umur waktu tu aku ngat dah 70, rumah dia yang tepi sungai tu jadi pot orang-orang Pattani singgah rehat dan letak barang. sekali sekala dia pun masuk Siam naik pickup cari barang dan jumpa sedara di sana.''Som! anhok mey lhuk haeng mai ni,..tok ndak janthang haeng satgi ballhek la..haeng dhok thengok taplama tu? mai naik ataih ghumah!" itu adalah intro dia masa aku p rumah dia kecik-kecik dulu..anyway..Masa aku p lepas kawin bawak bini introduce kat dia, adik lelaki dia pun ada, aku kena panggil toksu din. sembang-sembang..toksudin tanya aku kerja kat mana, aku bagitau KL kat aaa balai seni lukis..slow je pasal bagi tau kuat-kuat pun mana la orang kampung ni tahu atau ambil tahu..pra duga aku.OOoo ' tepat oghang nukih tu'balas toksudin. ops dia tahu..'kami adha anhok nakan soghang gheja dia nukih aa, dok kolalempo'..... aku tanya sapa nama, tokndak aku susah nak ingat, toksudin pula tengah dok kira nama anak menakan dia.. aku pun tanya kampung dia mana? toksudin jawab "anhok kak kami di Yaen nu". Pelukis dari Yan...., ada, aku kenal Zul Yusof. Aku tanya " pak dia cikgu ka, nama Zulkifli bin Yusoff'' . Bukannn kata toksudin, "Phok die nama Husseing". "aaa Braheng" tambah dia. Alamak aku balas "takan Ibrahim Hussein kot, "Dato Ibrahim Hussein" aku konfirmkan.Toksudin kata ''aaa yang kaweng dengan cina tu" ...dan banyaklah cerita yang dia cerita masa dulu-dulu dan ziarah Toksudin yang bawa kakak dia(ibu Dato) ke Bangsar melawat anaknya di sana suatu ketika dulu.

Dan pagi 19 Februari 2009 tadi masa dalam kereta dari Bandar Mahkota Cheras di highway kajang ke shamelin untuk hantar anak aku ke sekolah(rutin aku sebelum sampai ofis) aku dapat sms lagi dari wairah"Ib passd away. May Allah bless his soul.Alfatihah.Ismail Mustam" aku forward lagi kepada Dr Najib dibalas"tq" dan kepada kawan-kawan.beberapa minit selepas itu sms dari Fuad memaklumkan perkara yang sama.dan Wairah sms lagi"Aslkm.Pak Sanusi coordinating Alyrhm Ib's funeral arrgmnt.Mandi@Pantai Hosp,body taken 2 hse, zohor solat@Bangsar mosq & burial @Kiara Cemtry.C u.Salam".

Sampai di ofis lepas sarapan Dr Najib datang bincang pasal makluman kepada staff dan media. dan dapat pula sms terbaru dari KSU" Inna Lillaahi Wa Inna Ilahi Rooji'un.Telah kembali ke Rahmatullah, anggota keluarga kami, dato' Ibrahim Husin,pelukis terkenal,di Pantai Medical Center kira-kira pukul 4.30 pagi ini. Jenazahnya akan disembahyangkan pukul 3 ptg. di rumah No.8 Lorong Bukit Pantai 1,Bukit Pantai,59100KL..bawa ke Perkuburan Bukit Kiara,KL..Sekian.Al Fatihah. TS Sanusi bin Junid"

Teringat aku ramah tamah Allahyarham dan istri layan kami dan bertapa bersamgatnya beliau menceritakan tentang karya-karya dan visi beliau.

aku rasa tiada lagi pelukis malaysia yang dipannggil oleh PM dan karyanya menjadi perdebatan di parlimen selain Ibrahim Hussein. peristiwa ini berlaku semasa beliau akan mempamerkan karya beliau di BSLN, maklumat sampai kepada ahli parlimen yang pelukis telah menghitamkan bendera Malaysia( karya pasal 13 mei). kecoh diparlimen. Ib tetap akan pamer karyanya hingga berlaku perjumpaan yang berpihak kepada Ib. karya itu sekarang dipamerkan di Muzium beliau di Langkawi.

Satu lagi yang Ib pesan semasa jumpa di rumah beliau dulu(diatur oleh Sushi). "Kita kalau nak berkawan dengan orang hati mau ikhlas, kalo kawan kita buat silap kita tegur, kita bagitau hitam atau putih pada dia, kawan yang ikhlas bukan yang sentiasa puji kita dan mengharapkan projek..that's why he (the sultan) like me, mana di pergi pasti dia kirim poskad kat I".

Trima kassih Dato Ibrahim Hussein, pertemuan yang singkat yang dihiasi dengan teguran dan nasihat dulu itu amat bererti buat kami, semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh mu, al fatihah, amin..terimakasih Puan Wairah di atas sms-sms puan malam dan pagi tadi.

KATA DR NAJIB..."DAN SATU SHOW 'TRIBUTE TO IB' AKAN DIADAKAN PADA APRIL NANTI" HANG SURVEY DENGAN DENGAN ARTIS DULU APA RESPON DEPA"
aku setujuuuu.....

Posted by amerr at 4:19 PM 0 comments
Labels:

Wednesday, January 14, 2009

PANGGILAN PAMERAN AMAL PALESTINE

Pameran amal untuk Palestin akan diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada bulan Februari 2009. Hubungi Erry dan Azrul. Works hantar sebelum 20 januari utk masuk katalog kalau tak sedia lagi boleh hantar sebelum 2 Februari 2009 tapi tak masuk katalog la.

Komen
Tujuan pameran ini adalah untuk kumpul wang melalui jualan karya dan didermakan kepada MSRI untuk projek amal Palestin.

Aku rasa bukan semua works akan terjual(tak sampailah matlamat nak derma wang) dan ada juga artis yang karyanya jenis yang 'uncollectable' atau pun kolektor tak appreciate pasai tak matching dengan sofa dan ruang tamunya atau bukan 'niche' koleksinya.

Jadi aku cadangkan, pentas ini dijadikan wadah artis untuk bersuara/berkarya tanpa kekangan dengan karya-karya yang betul-betul menjerit, menangis, marah, mengaharap atau buat dekk yang paling hebat untuk buka tahun ni.

maka dengan itu dicadangkan para artis/grup/persatuan dengan niat suci dan ikhlas kumpul duit sikit sekarang untuk didermakan semasa pembukaan pameran tu. Jadi niat nak buat amal dengan derma wang tu dah sampai..dan kalau ada karya yang terjual itu adalah bonus...

Apa kata...jom kita derma dan berkarya!

Monday, January 5, 2009

Site Specific


Bersama Saudara Multhalib Musa yang menghadiri 'Future Leaders Conference' tajaan Asia Society New York, jangan main-main..tengah posing depan National Museum of Modern Art Tokyo.








Works site specific paling best pada aku di Yokohama Trinale

Thursday, November 27, 2008

Ke Jepang

Aku ke Jepun di jemput Japan Foundation HQ untuk menghadiri '4th Asian Curators Conference' . Perjalanan bermula di KLIA kemudian ke Hong Kong, Taipei dan Fukuoka. 9.30pg bertolak di KL 10.00 malam sampai kat hotel di Fukuoka selepas ambil bas dan subway dari airpot. paginya kami ke Fukuoka Asian Art Museum untuk visit dan taklimat Asian Art. 3petang p ke osaka dengan shinkasen bullet train visit museum of modern and contemporary art di sana, seterusnya ke kyoto, hiroshima, yokohama dan tokyo semuanya visit kontemporari muzium dan berbincang dan buat networks dengan curators mereka. Yokohama trinale juga menarik dengan karya site specifik yang aku kira amat sesuai dengan sitenya. hari ke sepuluh giliran aku bagi prensebtation tentang contemporary art collection and institutional commitment.. dan malam tu p ke Mori mengahdiri opening 'chalo india' new works oleh artis contemp india sekarang dan show ni di taja oleh Bloomberg..good package..

Tuesday, November 18, 2008

CURATE



CaiGuo-Jiang
The 20th Century with Mushroom Clouds:Project for the 20th Century....1996. artist colection

Hari ni aku di MOCA Hiroshima, baru sampai tadi dari Fukuoka dengan Shinkashen bullet tren.
Flight ke Fukuoka dari KL macam bas lompat, aku kena tukar kapal di Hong Kong dan singgah sekejap di Taipei, sampai sini jam 10 malam.

CaiGuo Jiang ialah pengarah artistik untuk projek bunga api Beijing Olimpik aku tengok works dia di MOCA, mamat ni memang superb, work kat atas tu masa dia buat projek kecil-kecilan kolabrasi dengan phografer Hiro Thara di sekitar test side di US. yang menarik works ni dia buat depan twin tower sebelum 911 lagi..masa tu projek dia bunyi 'pop pop' je..
works terbaru dia yang lain memang 'sampai makna'..

Yukie Kamiya chif kurator MOCA sedang bagi penerangan tentang 'Untransparent manument' Cai. Relief imajan budaya popular dan peristiwa penting dunia kontemporari..works ni pun inspired best...teringat relief borobudur dan angkor watt yang kontem pada zamannya.

besok ke osaka..

Saturday, October 18, 2008

LENGGONG HANCUR DI HENTAM METEORITE

Lima hari aku di Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia USM di Kota Tampan, Lenggong, Perak. Cantik tempat ni dengn seni bina dan lanskap yang amat ringkas dan menghormati alam. kebetulan isteri aku orang Raban, sempatlah singgah rumah mertua kat tasik tu..Ekskavasi disini penah buat sejak zaman orang putih tetapi yang paling berjaya pada tahun 1987-88 dan 1995 oleh Dr Zuraina Majid, Dr Mokhtar and the gang dari PPAM USM. Dr Mokhtar pengarah PPAM sekarang yang organise kursus ni. Musim hujan banyak pacat tapi memang best p site buat dokumentasi dan ekskavasi di Gunung Teluk Kelawar(GTK), Tapak Terbuka di Bukit Bunuh ..Bukit Bunuh ni 1.7 juta tahun dulu kena hentam meteorite rupanya..

Prof.Madya Dr Mokhtar sedang memberikan penerangan tentang paleoalam Bukit Bunuh. Dibelakangnya adalah lembah kesan titik kawah jatuhan meteorite 1.74 juta tahun yang lalu.

Artifak batuan zaman paleolitik yang kami jumpa semasa buat carian di permukaan Bukit Bunuh(tapak arkeologi terbuka). Alat ini terdiri daripada choper, hand axe, batu pelantas dan alat batu lain dari jenis savite, rejang dan quarzit. Usia alat batu ini digunakan sekitar 40,000 tahun yang lalu dan mungkin lebih tua.

Perjalanan turun dari Bukit Jawa menghadap kampung Gelok dan Gua Telok Kelawar.Bukit Jawa ada kesan lapisan abu gunung berapi Toba yang meletus 75,000 tahun dahulu. asap dan abunya menutupi asia tenggara dan sebahagian india selama seminggu.
Nisa aka Rock Girl(Pelajar Geologi) tgh buat master kajian polenologi(kaji debunga purba). sedang memberikan peneranga tentang cara ambil sampel tanah unjuk ujian polen. Nisa bertanggungjawab sekarang ni buat penyelidikan dan ekskavasi di tapak Bukit Bunuh dibawah seliaan Dr Mokhtar. Boleh tahan budak ni, ada kesunguhan dan minat, dia redah je tempat yang berselut dan belukar bepacat tu, takde geli-geli..saiz pun sesuai untuk kerja dalam trench tu.

Dr Stephen Chia sedang tunjukan cara konservasi tapak arkeologi dan cara ambil sample untuk ujian pertarikhan c14/carbon dating(sape nak date dengan arang..)

Aku di site GTK dalam petak A2. saiz 2 x 2 m. spit 9( 80-90cm) ada banyak cengkerang siput jenis Brotia Spinola(siput sedut tu). beribu-ribu cengkerang siput tu di GTK, ada tembikar dan tulang homo sapiens. Tempat ni macam rest house kerajaan le masa tu, sape-sape je boleh singgah yob(8,000 tahun dulu) pinggang aku okayyy..
Encik Jefri(tgh siapkan phd) sedang terangkan cara penghasilan alat batu oleh orang zaman paleolitik.
Kapak batu yang dijumpai atas tanah.
Encik Hamid ahli etnoarkeologi sedang menerangkan hubungan masyarakat paleolitik dengan kaum lanuh di lenggong. Dia suruh kami terjun sungai(eksperimen) cari siput brotia spinula dan masak makan cara orang paleolitik..dah buat dan besok tu rosli bawa siput sedut gaya masak lemak cili api..kaw..makan pulak dalam hutan memang tak cukup..
Brotia Spinula aku, lebih kurang 45 ekor ada saiz L,M dan S.(bantuan brader rosli) Semasa berjalan turun dari Bukit Jawa kami telah melihat " bukti yyg menunjukkan masyarakat paleolitik yang dapat memikirkan cara untuk bergerak dengan mudah, conohnya dengan menumpang di ekor dan kaki haiwan besar untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain" -aprisiasi oleh Encik Rashid TUDM.
Galeri Lukisan di Gua Badak, semakin terancam.
Kebun jagung orang kampung di kaki bukit Gua Gunung Runtuh tempat perakman dikebumikan 40,000 tahun lalu.
Brader Bad sedang menuruni gunung runtuh dengan gaya meets uncle husein.


Ada gaya tokey baja tahik kelawar dakk..

ANAK AYAM DIDIK



PRESERVASI BUDAYA?
Anak aku dah taktau apa itu anak ayam didik. ayam yang dia jumpa dalam pinggan je.
masa nak ke usm penang kemarin aku singgah di kampung penghulu him, sg petani(sebelum jumpa mak aku di patani jaya) singgah rumah member. cikgu man orang panggil dia, dulu kami panggil dia man spek. tapi tiga tahun lepas dia mai rumah aku di KL ajak aku teman buat operation lassik(power mata dia 1500 dan 1800) lani dah tak pakai spek..

Aku selalu kenangkan warisan budaya nenek moyang aku, kalau balik kampung aku selalu sembang dengan dia pasal sejarah dan warisan yang semakin hilang terutama yang ahli sejarah dan budaya melayu malaysia tak berminat sangat iaitu kebudayaan melayu segenting(utara semenanjung sampai ke sempadan burma).

Man ni bagi aku adalah antara spesis orang kampung tulen yang susah aku nak jumpa. aku kata macam tu pasal perkara yang semakin hilang dalam orang melayu(orang kmpung) masih ada pada dia.. rupa dan bentuk dia aku rasa kuat ada dna orang melayu purba...
dia juga seorang guru sekolah yang dihormati oleh orang kampung dan anak murid, pandai mengurut dan tau kat mana nak cari orang pandai mengurut dan mengubat, dia dan bapak dia pandai pukul gendang silat, amal silat dan mboh/ tomoi, satu famili ramah tamah, kalau hang kawan dengan dia makna kata satu famili dia kenal hang, lepas tu mmm..dia pulak ada dua cawangan dan dua-dua kamcin lak tu..

Tapi yang paling best man ni ada hobi sama dengan aku masa budak-budak dulu dan dia ada masa teruskan tu lagi sekarang ni..iaitu bela anak karin(ikan laga) dan ayam sabung...dulu merata kampung sampai kelantan juga aku usha anak ayam dengan dia. lani dah kerja dan ada duit sikit pi sampai Patthalung dan Surat Thani (utara semenanjung) cari anak ayam atau tok guru silat dan tomoi(rasanya dah 4/5 kali naik stage kat Pendang, SP dan Baling). Kat tempat aku ni kalau orang kampung yg rumah dia ada ayam sabung dalam cerkap buluh di halaman rumah tu biasanya orang di rumah tu masih rapat dengan budaya melayu(utara semenanjung) macam muzik gendang silat, wayang kulit, pikat burung, martial arts, bomoh patah/urat, dlln.

Ayam tu kami tak masuk bong(bertaruh) tapi apreciate keindahan dan kepahlawanannya dengan membaca tanda-tanda dan pembawakan..macam kolektor-kolektor lain juga..nantilah kalau ada masa aku cerita lagi.

Tuesday, September 23, 2008

SIAPAKAH PELUKIS YANG LAYAK UNTUK ANUGERAH SENIMAN NEGARA 2008

Siapakah pelukis yang layak untuk anugerah seniman negara(Kem.Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan) tahun ini(2 kali setahun). Tahun ini ada juga anugerah untuk:

1. Anugerah Karyawan Seni Visual- yang diberi 2 kategori:
a. Dua Dimensi
b. Multi Dimensi

kemudian ada pula -
2. Anugerah Bakat Muda Seni Visual (35 tahun ke bawah)
dengan kategori:
a. Kurator Muda
b. Penulis Muda (art ciritic)

pencalonan di buka sekarang sila rujuk portal Balai Seni Lukis Negara

panas......

Sunday, September 14, 2008

muzium seni baru

sesi perbincangan tu dah selesai. memang pahang cadang nak buat muzium seni terbaru guna bangunan lama. aku dan majidi dah berikan beberapa idea dan cadangan untuk dijadikan kertas kerja kelak. semoga kuantan akan ada tempat(muzium) untuk seni kontemporari dalam masa terdekat ni..

Tuesday, August 26, 2008

Conserve


Coming Soon in 2008 : Pengantar Konservasi Catan Seni Moden Malaysia by Amerrudin Ahmad.
'The Night Arrest', 1952, Lim Yew Kuan. - The Picture showed Mus working on the paint layer.

Monday, August 25, 2008

Curate


*Petikan dari teks kuratorial Pameran 'Antaramerdeka' tahun 2007 di Balai Seni Lukis Negara. Koleksi imej catan dalam teks ini adalah daripada Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara


MEMVISUALKAN MERDEKA?
Percubaan untuk memetakan aliran penghayatan pameran ini dari arena seni tampak dan hubungannya dengan budaya dan perjuangan masyarakat tidak semestinya menggambarkan kemerdekaan itu seperti seorang pejuang atau individu yang lahir sebelum 1957. Membebaskan visual-visual dari bingkai yang digantung didinding memerlukan kesungguhan melihat dan kaitannya dengan beberapa isu yang menjelaskan perjuangan dan pengalaman kemerdekaan itu sendiri.

Sebagai sebuah pameran yang bertemakan kemerdekaan negara, koleksi yang dipamerkan bukanlah untuk menggambarkan dengan sepenuhnya secara literal visual perjuangan mencapai kemerdekaan di zaman moden mahupun keadaan Pra dan Pasca Melaka. Ianya tidak boleh dibandingkan pun sejarah jerih payah pejuang bangsa melawan kolonial dan imperialis Asia dan Eropah pada masa lalu. Namun apa yang cuba dititik beratkan di sini ialah cara melihat erti kemerdekaan itu dalam bentuk membaca gambar hasil aspirasi pelukis dan komposisi gantungan pameran secara linear, komplimen atau kontradik.

Antara lain objektif menghimpun, memelihara dan mempamer karya-karya seni visual di sebuah muzium seni seperti Balai Seni Lukis Negara adalah bukan sekadar untuk memerhati dan mendokumentasikan setiap perkembangan artis dan perubahan pemandangan seni visual sahaja. Malahan kami melihat pelbagai peluang dan potensi yang boleh dikaji dan di analisa dalam budaya visual. Dengan mengumpul bukti-bukti budaya visual ini yang terdiri dari catan, foto, instalasi video hingga ornamental seni rakyat.
Dahlan Sulaiman ,'Angkut Selut', Cat enamel atas kayu, c 1980an. Dahlan Sulaiman merupakan pelukis seni rakyat dari Kuala Terengganu beliau terkenal kerana menghasilkan lukisan-lukisan aktiviti masyarakat di Terengganu sekitar tahun 1950an dan lukisan ini menghiasi kotak-kotak beca di Kedai Payang. Sekarang ini hiasan ini telah tiada lagi dan digantikan dengan poster-poster iklan syarikat telekomunikasi, kedai emas dan pasaraya besar.

Perletakan dan posisi karya di dinding bahagian tertentu dalam pameran ini sengaja di ubah dari kebiasaan ukuran standard paras mata (eye level) 162/164 cm iaitu paras mata standard bagi orang dewasa berdiri. Kali ini kami cuba merasionalkan paras kedudukan karya dengan isu, ukuran, gaya dan persembahan yang dibawa oleh karya itu sendiri melalui pelukisnya. Sebagai contoh The Good Old Days, 2006, cat minyak atas kanvas oleh Ch’ng Huck Teng pelukis dari Pulau Pinang yang melukis sebuah permandangan yang indah, hari cerah dengan tasik terhampar jauh ke kaki banjaran gunung yang berbalam kebiruannya, langit cerah dengan tona cair ke pekat tinggi angkasa, hutan bukit yang hijau bersih di selang seli dengan pohon tualang tinggi melagit dan bergembung-gembung kepul pucuk pokok kapor, di latar depan ada padang rumput dengan seekor kerbau sedang berdiri berhampiran tasik dengan ekornya sedang mengibas langau yang mengacau. Jika sesiapa yang membesar dikampung sudah tentu dapat membayang dan terhidu suasana indah ini. Karya ini cuba menggambarkan suasana indah masa lalu di luar kota, kenangannya merujuk kepada zaman kanak-kanak pelukis, justeru penyampaiannya bersifat ringkas gaya naïve dengan ukuran yangkecil. Paling dekat sasarannya adalah pengunjung kanak-kanak dari masyarakat urban dan kontemporari yang tiada pengalaman sedemikian. Sebagai pengantara adalah lebih adil kami melayan karya ini pada haknya. Maka gantungannya direndahkan kepada paras mata kanak-kanak, bagi pengunjung dewasa sebuah bangku panjang jati betawi disediakan untuk memaraskan penghayatan. Malah paras gantungan sebegini juga mengambil kira peminat dan penghayat OKU yang berkerusi roda.
Gantungan The Good Old Days pada paras mata kanak-kanak dan pengunjung berkerusi roda.

Tidak hairan jika sesetengah dari kita merasa terkejut apabila melihat Balai Seni Lukis Negara mengumpul koleksi lukisan kotak beca Terangganu atau koleksi lukisan dan lakaran abad ke 19 oleh Frank Swettenham, George Giles dan William Samwell. Dalam kontek melihat dan mengkaji budaya tampak ini menurut Nicholas Mirzoef ahli antropologi budaya dalam artikelnya yang berjudul What Is Visual Culture? Menekankan betapa pentingnya pengkaji dan pengkritik mengambil kira proses penghasilan karya, yakni sebuah komponen formal untuk melahirkan gambaran dan pelengkap penting karya itu bagi penerimaan budayanya.











Antara Merdeka
Pameran ini lahir dari program pameran tahunan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan. Kali ini sambutan ke 50 tahun negara ini Merdeka. Setiap tahun dalam bulan ini galeri perlu di isi dengan karya dan tema perjuangan, nasionalisme dan merdeka. 3009 buah karya dalam Koleksi Himpunan Tetap BSLN atau Koleksi Negara yang dikumpulkan mulai tahun 1958 hingga 2006 bukanlah sebuah jumlah yang besar jika dibandingkan dengan koleksi tetap muzium seni antarabangsa yang lain. Justeru untuk melengkapkan satu atau dua buah galeri pameran dengan karya-karya yang bertema sama setiap tahun bunyinya seakan mudah dengan skala koleksi yang belum mencecah puluhan ribu ini.

Cabaran kepada kumpulan kuratorial ialah untuk membezakan pameran ini dengan pameran-pameran sempena kemerdekaan tahun-tahun sebelumnya. Pameran ini pernah dikuratorkan oleh kurator jemputan seperti Redza Piyadasa, Dr. Najib Dawa, Henry Bong, Dr Osman Yatim dan kurator-kurator dalaman Balai Seni Lukis Negara seperti Wairah Marzuki, Zanita Anuar dan lain-lain lagi.

Gantungan kali ini menampilkan pilihan terbaik karya-karya yang penuh kritikan dari dekad lalu, koleksi bersejarah dan karya kontemporari terkini yang cuba kami hidangkan secara perbandingan dan persembahan berbeza. Ada di antara koleksi akan kelihatan ganjil atau janggal dikalangan peminat dan pengumpul seni kontemporari disebabkan penerimaan umum terhadap pengklasifikasiannya yang mungkin telah dirumuskan lebih awal oleh kurator, artis, pengumpul dan khalayak seni Malaysia masa kini. Sebagai sebuah pameran yang mempamerkan himpunan tetap atau koleksi negara, ianya terbuka kepada pendapat umum samada untuk menerima ia sebagai satu cadangan untuk melihat atau sebaliknya. Hasil dari pengumpulan dan pencarian makna ini, pameran ini cuba untuk tidak hanya menampilkan karya-karya yang sudah dijangkakan, tetapi turut menggabungkan karya-karya yang pada pandangan kami penting dan sarat dengan maklumat pengkajian budaya visual, malah jika digandingkan dengan sebuah mahakarya seni moden akan mengundang konotasi dan pembacaan yang berbeza.
Makluman panduan kuratorial ini bertujuan untuk memberikan pilihan kepada pengunjung untuk menikmati pameran ini secara apa ianya di reka dan susun, pengunjung akan dapat melihat kaitan, makna dan mencernakan kepentingan maklumat dalam setiap karya secara individu atau secara kumpulan gandingan dari genre-genre romantika sawah padi, idealisme modenis hingga ke dokumentasi kontemporari dengan isu-isu dunia tanpa sempadan yang berdialog antara satu sama lain yang lama dan yang baru yang elit dan yang rakyat, semasa penjajahan, pasca kolonial hingga masyarakat sivil dan kewujudan tradisi majmuk.

PENANTIAN
Usia kemederkaan Negara kita masuk kali yang ke 50, setahun lebih dari usia penubuhan Balai Seni Lukis Negara. Hampir 49 tahun mengumpul kemudianya dipulihara, dipamer dan dikaji koleksinya. Isi Himpunan Tetap ini ada yang seusia dengan kemerdekaan Negara kita dan ada isunya lebih tua dari itu. Isu adalah jambatan yang menghubungkan zaman. Kadang-kadang sesuatu isu dirancang saat yang paling masak dibawa kepada khalayak. Masa dan ketika yang siknifikan dinanti kerana ianya relevan dengan isu tersebut. Kami dapati amat menarik sekali jika dikaji hubungan isu, keadaan dan peristiwa kontemporari semasa pengahasilan sesuatu karya atau melahirkan pelukis untuk mewakili masyarakatnya dalam pengucapan tampak dan sejauh mana pelukis terkesan dengan isu dan peristiwa yang berlaku disekitarnya.
Sebagai contoh, semasa anak watan tanah jajahan Belanda di tahun akhir tahun 30 an dahulu membentuk kesatuan dan mengorak langkah menentang penjajah Belanda laungannya sampai di Tanah Melayu dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) oleh pemuda-pemuda lepasan Sultan Idris Training College, Kuala Lumpur Technical School dan Serdang Agricultural College. Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestamam, Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid dan Sultan Djenain termasuk Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah para pengasas pertubuhan ini semasa umur mereka dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun.
Pada tahun 1945 semasa penjajahan Jepun kebanyakkan ahli KMM telah menyertai Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KERIS) yang diketuai oleh Dr. Burhanuddin al- Helmy dan pada 12 haribulan Julai tahun itu Dr. Burhanuddin bersama Ibrahim Yaacob telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin nasionalis Indonesia iaitu Ahmad Sukarno dan Muhammad Hatta di Taiping, Perak untuk membincangkan gagasan penyatuan Melayu-Raya yang menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu dengan kepulauan Indonesia. Namun gagasan ini telah gagal dan telah menjadi sejarah betapa persempadanan bangsa dan politik itu sesuatu yang berbeza.
Apa yang menarikknya dengan peristiwa ini ialah kaitan Persatuan Ahli-Ahli Gambar Indonesia (PERSAGI) yang ditubuhkan pada tahun 1937 dan kaitan ahlinya dengan Lembaga Kebudajaan Rakyat (LEKRA) ditubuhkan pada 1950 yang akrab dengan Sukarno. Ahli-ahli PERSAGI dan LEKRA termasuklah nama-nama besar pelukis moden Indonesia antaranya pelukis revulosioner Sindudarsono Sudjojono dan Hendra Gunawan.
Dikhabarkan Sukarno amat akrab dengan pelukis-pelukis ini yang secara berani menyahut cabaran revolusi dengan karya-karya dan poster propaganda yang mengajak rakyat Indonesia menyokong Sukarno memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.
Persoalannya, jika begitu semasa kunjungan Sukarno ke Taiping, Perak berjumpa dengan pemimpim KMM yang ahlinya ada dari bekas palajar SITC yang salah satu dari kursus yang diajar kepada bakal gurunya adalah kraf dan seni, tidakkah ada pemerhatian, kesedaran atau makluman tentang peranan karya dan visual oleh pelukis-pelukis Indonesia dalam membantu perjuangan kemerdekaan ini kapada mana-mana ahli KMM yang ada kecenderungan dalam seni. Juga, semasa lawatan ahli-ahli KMM ke Indonesia, pernahkan mereka diperkenalkan oleh pemimpin pejuang di sana kepada penyokong kuat yang terdiri dari pelukis atau ahli PERSAGI ini.

Jika jawapanya ya! Adakah pengaruh (atau trend seiring yang universal bukan pengaruh) ini ada dalam KMM dari kalangan guru-guru seni SITC. Jika ada siapakah mereka dan dimanakan karya dan visual-visual itu. Pencarian seterusnya terpulanglah kepada kesungguhan dan iltizam para penyelidik generasi baru untuk menguraikan semua persoalan ini.

Dalam pameran ini di suatu sudut yang bersebelahan dengan seksyen kecil gantungan karya-karya yang mengumpulkan karya-karya yang berkait rapat dengan hal-hal persuratan dan permeteraian, kami gantungkan karya Gadis Korea oleh Hoessein Enas, dari bahan cat minyak atas kanvas yang dihasilkan pada tahun 1963 di London. Hoessein Enas pada kebiasaan penghasilan karyanya melukis di hadapan model subjeknya atau melalui gambar-gambar foto yang telah dirakam terdahulu oleh para pembantunya. Ismail Abdul Kadir seorang pelukis dari Kota Bharu Kelantan pernah memaklumkan kepada penulis yang beliau pernah membantu mendapatkan gambar-gambar model disekitar Kelantan dengan kameranya kerana diupah oleh Hoessein Enas dan sebilangan salinan foto-foto itu masih dalam simpanan beliau.
Berbalik kepada karya Gadis Korea ini, yang menggambarkan seorang gadis yang bermata besar berambut ikal pendek, duduk di atas kerusi dan memakai pakaian tradisional Korea. Ada pendapat mengatakan model berpakaian Korea tersebut bukanlah gadis Korea sebenar tetapi model Melayu yang dipakaikan pakaian Korea. Siapakah gadis Melayu ini? Mungkin salah seorang yang rapat dengan pelukis namun penyelidikan teliti perlu di buat jika ingin mencari jawapan ini. Isu dan dan situasi yang diperkatakan pada awal tadi ada kaitan dengan karya ini apabila selepas 50 tahun, tiba-tiba muncul dalam berita dari Korean Broadcasting System, Korea Selatan tentang penantian Mariam Johari seorang wanita Melayu yang berusia 86 berasal dari Plentong, Johor yang ingin bertemu dengan anak-anaknya yang telah sekian lama terpisah akibat Perang Dunia Ke 2. Beliau muncul di kaca televisyen dan dada akhbar dengan pakaian tradisional Korea, beliau bertutur, berkahwin dan mengamalkan budaya Korea. Selama 64 tahun beliau pasrah dan kental meneruskan hidup dalam Negara dan budaya yang berbeza disebabkan tekanan dan kekeliruan yang terjadi akibat Peperangan Dunia. Peperangan tamat di Malaya tetapi tidak pada wanita ini yang berperang dengan hati dan perasaan terhadap anak dan kampung halaman yang ditinggalkan.
Hoessein Enas, Gadis Korea, 1963, cat minyak atas kanvas.

‘Gadis Korea’ 1963 oleh Hoesein seolah-olah menanti saat dan masa yang sesuai untuk diangkat kepada khalayaknya. Kita maklum kesan perang kepada masyarakat, adakah pada tahun 1963 itu isu ‘Gadis Korea’ diperbincangkan oleh umum dan beberapa ramai lagi ‘Gadis Korea’ di luar sana yang telah berputus asa atau tidak ingin lagi mengimbau kisah pahit masa lalu.





PEMANDANGAN MALAYSIA TERBESAR

Kedatangan pelawat akan disambut dengan dinding merah dibahagian dalam ruang pameran ini. Gantungan karya The Great Malaysia Landscape 1972 oleh Redza Piyadasa (b.1939-2007) berada ditengah-tengah. Dinding merah ini seolah gaya Victoria yang dihiasi dengan lukisan-lukisan Eropah sambil menjamu teh Inggeris. Tidak, sebenarnya warna dinding ini ialah merah air sirih dan kami tidak menggantung koleksi lukisan Constable atau Turner di sini tetapi karya-karya permandangan pelukis-pelukis bukan akademia dari Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Analogi untuk melihat keseluruhan pameran mempunyai kaitan dengan aliran karya yang dihasilkan pada tahun 1974 ini. Karya ini telah memenangi Hadiah Utama semasa Pertandingan Malaysian Landscape 1972 di Balai Seni Lukis Negara. Konsepsualisms adalah salah satu cara dan gambaran terbaik untuk melihat Piyadasa. Seni Idea adalah nama lain bagi genre ini, ia menidakkan seni sebagai material dan mengurangkannya kepada peringkat proses iaitu peringkat idea pelukis. Ianya sangat literal dan objektif seolah Minimalisme namun tersimpan dokumentasi, cadangan dan fakta / keterangan untuk objek. Dengan menawarkan pilihan kepada objek seni – idea yang menekankan yang sebuah karya itu adalah informasi. Bentuk karya sebegini amat berpengaruh sekali semasa era gerakan pasca-Minimalis. Ia memperkenalkan bahasa dan menginterpretasikan bentuk sebagi maklumat. Piyadasa ada menyatakan penggunaan teks yang distencilkan itu adalah untuk memprovokasi ‘superficial comparisons with the works of Larry Rivers and Arakawa’. Perbandingan ini ialah mengenai penggunaan teks dalam penyampaian dan cara yang berbeza dua artis tersebut.

Dipadankan dengan karya pengkritik hebat ini ialah objek kritikannya sendiri. Lukisan permandangan sawah padi dan perkampungan nelayan yang romantis oleh pelukis-pelukis regional pada ketika itu (awal 1960an). Pelukis Kedah di dinding kiri manakala Kelantan dan Terangganu di dinding kanan (karya Khalil Ibrahim sebelum beliau ke St. Martin). Permandangan indah ini ialah karya-karya A.B Ibrahim adik beradik dan A.J Rahman pelukis era selepas Perang Dunia Ke II, M. Zain pelukis permandangan dari Besut dan Dahlan Sulaiman pelukis kotak beca yang tidak dikenali di Kuala Lumpur tetapi popular di kalangan pengayuh beca dan khalayak Kedai Payang Terengganu.

Dalam sejarah Kemerdekaan Negara, kita sudah mengetahui tentang Strategi Pecah dan perintah penjajah Inggeris untuk menguasai Tanah Melayu. Bagaimana pemerintahan Inggeris dibahagikan mengikut kepentingan hasil bumi dan pelabuhan komersial maka terhasil Negeri-Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-negeri utara Tanah Melayu telah di bahagi-bahagikan selepas Perjanjian Inggeris – Siam 1909 yang dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson. Perjanjian ini merupakan perjanjian yang ke-8 dalam usaha Bristish menguasai utara Tanah Melayu yang terdiri dari Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu.

Perjanjian inilah yang membahagikan negeri Melayu utara kepada British Malaya dan negeri Melayu yang jarang disebut iaitu ‘Siam Malaya’ (Setul, Patani, Yala, Narathiwat).

Kebetulan pula pelukis-pelukis ini dan karya mereka adalah gambaran permandangan petani dan nelayan dari negeri Melayu Utara (dan pantai timur). Terkebelakang, mundur ide dan penyampaiannya. Ini mungkin terdetik dalam persepsi sesetengah peminat seni moden dan ahli akademik. Namun bagi gantungan ini, kami ingin tekankan yang penghasilannya sama penting dengan karya hebat yang dipadankan disampingnya. Samada dinilai dari sudut kepentingan warisan mahupun kajian budaya benda.

KELIBAT GUNUNG JERAI
Gunung dan Gunungan dalam dunia Melayu adalah pohon hayat yang dapat dikaitkan dengan sebuah kosmologi kehidupan. Gunung juga disebut sebagai paksi bumi kerana pentingnya ia kepada keseluruhan ekosistem alam dan kehidupan.
Seperti Gunung Meru yang mistik dan sakral di tengah-tengah angkasa kosmologi Hindu dan Buddha, dengan syurga Tavatimsa, di atas Indra dan tiga puluh tiga dewa dipuncaknya. Representasi gunung ini lazim dikaitkan dengan bangunan bertingkat beberapa kepercayaan dan keagamaan dI dunia. Peri pentingnya gunung dan naungannya ini hadir dalam pembentukan sosial dan kebudayaan di Asia Tenggara dan Selatan seperti Gunung Fuji, Abu, Meru, Popa, Potakala, Agung, Bromo termasuklah Jerai, Ledang, Kinabalu, Santubung dan sebagainya.

Terperinci dari karya berjudul Menanam Padi di kaki Gunung Jerai, A. B Ibrahim. Gambar sebelah kanan juga dari pelukis yang sama, kelihatan pengulangan kelibat Gunung Jerai yang gagah di bahagian latar belakang permandangan ini.

A.B Ibrahim berkarya dan mempengaruhi pelukis-pelukis sezamannya terutama cara melukis dan melihat sebuah lukisan. Karya sebegini menarik minat dan mendapat permintaan yang tinggi dari para peminat lukisan pemandangan dalam dan luar negara di tahun-tahun aktif pelukis ini sekitar tahun 50an hingga 70an. Jika dibuat pengkajian perbandingan, amat menarik sekali jika kita kaitkan dengan karya-karya cetakan kayu Ukiyo-e pelukis-pelukis Jepun abad ke 19 iaitu Katsushika Hokusai dan Utagawa Hiroshige. Kaitan yang dimaksudkan di sini ialah melalui pengamatan kami pada kebanyakan karya-karya A.B Ibrahim, A.B Kechik, A.B Hassan dan A.J Rahman akan menemukan kita satu landmark yang dirakamkan dari pelbagai sudut iaitu Gunung Jerai yang penuh bersejarah. Hokusai dan Hiroshige terkenal dengan 36 Views of Mount Fuji yang diterbitkan di antara tahun 1832 dan 1859. Beribu-ribu edisi karya Gunung Jerai dan Mount Fuji telah dihasilkan, Gunung Fuiji dicetak manakala Gunung Jerai dilukis. Terdapat satu lagi perbandingan menarik karya A.B Ibrahim dari siri lukisan malamnya, A.J Rahman dengan Night in Langkawi dengan dark printing Hokusai dari siri Sixty-nine Stations of the Kisokaidō, bagaimana mereka dengan beraninya meneroka keindahan waku malam jika dari segi teknikalnya rakaman cahaya yang kurang akan menjadikan lukisan kelam dan tidak menarik telah diselesaikan dengan jayanya oleh pelukis-pelukis ini.
Utamaro Hokusai Sixty-nine Stations of the Kisokaidō 1834-1842. A.B Ibrahim, Rakit Berlabuh di Waktu Malam, 1970, Cat air.

Nilai merupakan satu entiti yang berada di luar lingkung masyarakat dan visual. Dalam usaha memahami visual dan gantungan karya dalam pameran ini, nilai perlu ditindan dalam lingkung masyarakat dan seni visual. Nilai adalah jambatan untuk menarik masyarakat supaya memahami dan saling mengenali visual. Seperti mana kita menilai karya sebarisan pelukis seni moden negara, kita seharusnya juga meletakkan nilai yang sama dalam konteks tersendiri karya-karya pelukis rakyat yang berkarya di daerahnya. Realiti seni lukis Malaysia bukan sahaja berkisar dalam seni lukis moden akademia namun perhatian serius patut diberi kepada membaca masyarakat melalui budaya visual.

Amerrudin Ahmad
Kurator, Balai Seni Lukis Negara

Rujukan Bacaan:
i. Frank Swettenham & George Giles Water Color Sketches of Malaya 1880-1884, Lim Chong Keat & Henry Barlow, the Malayan Bristish Society.
ii. Katalog Pameran Lukisan A.B Ibrahim, cetakan pertama 1992, Ismail Haji Salleh, Lembaga Muzium Negeri Kedah.
iii. The Other Malaysia the Writing on Malaysia’s Subaltern History, Farish A Noor, 2002, Silverfishbooks, Kuala Lumpur.
iv. The Visual Culture Reader, Edited by Nicholas Mirzoeff, 1998, Routledge Taylor & Francis Group, London & New York.
v. Dictionary of South & Southeast Asian Art, 2004, Silkworm Books.
vi. Artikel Ulasan ‘Mitos Peribumi Malas’, Syed Naquib Al Attas oleh Prof. Dr. Shamsul Amri Baharuddin.
vii. The British Presence in the Malay World: A Meeting of Civilizational Traditions, CAROLINA LÓPEZ C. (Diakses pada 28 Ogos 2007).

Panel Painting Conservation

'Menora' 1952, oil on linen by Hoessein Enas.


Before treatment
During treatment - infilling




After treatment




The Proces (please refer to the text from the previous post)





Musrizal examine and document the data.



Consolidation and structural works by Nicole and Amer in year 2001.
Previous treatment done on the paint layer shown under the UV.

Copper tacks replaced the previous corroded metal tacks.

Infilling ca co2 by Uncle Jaz

Works on paper

Projek : Consolidation works on paper - printed manuscript from the instalation of 'Man and His World' by Sulaiman Esa. 1973.

Peralatan asas yang digunakan untuk kerja-kerja conservation works on paper.

Ujian warna ke atas japanese tissue paper untuk kerja-kerja lining works on paper.

Sunday, August 24, 2008

panel painting conservation


Painting Conservation of Modern Art Malaysia

Projek: Konservasi Catan
Rawatan:Consolidation of paint layer, surafce cleaning, relining, infilling, inpainting
Karya: Cat minyak atas linen bertajuk 'Menora' dihasilkan pada tahun 1952 oleh Hoessein Enas(b.1924-1995)
(c)Amerrudin Ahmad. 2008. Kuala Lumpur
[Photo] 'Menora' sebelum rawatan.
Pengenalan
Perbincangan tentang lestari dan Hoessein Enas sering berkait. Ia berkisar tentang amalan cara hidup dan rasa tanggungjawab memlihara khazanah bangs; daripda hasil alam mahupun ketamadun manusia. Dalam sejarah hidupnya, beliau pernah bertugas sebagai Assistant Protector of Aborigines yang bertanggung jawab menjaga kepentingan dan menyelidiik tentang budaya dan kehidupan orang asli. Bagi melestarikan budaya dan keunikan hasil tangan mereka, beliau telah membekalkan peralatan mengukir kayu kepada orang asli sekitar tahun 50-an. Pelukis kagum dengan kebudayaan dan cara hidup masyarakat Malaya, Borneo serta Malaysia kini. Justeru banyak karya beliau merakamkan gambaran sesuatu adat dan budaya pelbagai etnik di negara kita. Beliau merakamkan keindahan budaya, ras dan cara hidup manusia di atas kanvasnya untuk dihayati oleh generasi masa hadapan. Ia berbeza dengan rakaman fotografi kerana kebebasan pelukis menambah dan mencurahkan rasa.Bagi melestarikan penghayatan dan apresiasi karya-karya pelukis ulung ini, BSLN bertanggungjawab memastikan keselamatan, memelihara keadaan, memanjangkan jangka hayat koleksi dan memudahkan akses kepada penyelidik dan penghayat sekarang dan masa hadapan.
Gabungan pengetahuan dan bantuan sains terkini diperlukan bagi merealisasikan misi ini. Namun, kedua-dua gabungan elemen ini sering menghadapi cabaran yang menyebabkan wujud keterbatasan. Keterbatasan pertama ialah faktor alam - apabila suhu dan cuaca yang sekali sekala agak melampau memberikan kesan kepada julat garis bacaan RH yang mengakibatkan tindak balas fotokimia kepada kandungan bahan(property) koleksi. Cat menjadi pudar, kanvas menjadi kering atau terlalu lembab berlaku retakan dan memungkinkan pertumbuhan mikro organisme merbahaya kepada koleksi.Selain itu, faktor kedua keterbatasan pula mencakupi sikap dan sifat manusia sendiri seperti vandalisme, kecuaian penyelenggaraan dan sistem keselamatan.
Dalam mengahadapi cabaran ini, BSLN sentiasa peka terhadap kaedah terkini dan paling berkesan untuk menjaga dan memelihara koleksi seni viusal negara.
Peningkatan keperluan peralatan dan kelengkapan konservasi dan koleksi sentiasa diberi perhatian oleh BSLN. Malahan cadangan untuk menaiktaraf sistem keselamatan dan mewujudkan sebuah makmal konservasi dan penyelidikan bergerak telah mendapat kelulusan peruntukan. Impian ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang apabila BSLN memberi perhatian terhadap perancangan jangka panjang dalam penanaman modal insan serta membentuk latihan kepakaran yang diiktiraf antarabangsa kepada para kakitangan dan pegawainya kelak. Di sini dicatatkan secara ringkas inisiatif BSLN dalam melestarikan koleksi seni visual rakaman daripada penghayatan seni, budaya dan warisan melalui kerja-kerja konservasi karya catan bertajuk Menora oleh Hoessein Enas yang dihasilkan 58 tahun yang lalu.
Koleksi
Karya ini (BSLN 1981.51) telah diperoleh pada tahun 1981 melalui sumbangan hadiah oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Shepperd mantan Ahli Lembaga Amanah BSLN pada tahun 1958 hingga 1959(1). Tahun 1981 dicatatkan oleh Hoessein Enas dalam catatan data biografinya sebagai dark period non active in painting after the “ Agony before survival”. 1981 adalah tahun rehat beliau selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di London.Menora yang dihasilkan pada tahun 1952 adalah karya Hoessein Enas yang terawal dalam Koleksi Himpunan Tetap. Tahun karya ini terhasil merupakan tahun bersejarah bagi Hoessein Enas kerana beliau telah mendapat status kerakyatan Malaya. Pada tahun ini juga beliau bekerja sebagai ketua pelukis di Department of Museums and Aboriginal Research (Jabatan Muzium dan Penyelidikan Orang Asli) di Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama juga beliau telah dikomisenkan untuk melukis potret Yang Mulia Al-Sultan Kelantan(2). Berkemungkinan besar karya ini dihasilkan melalui pengamatan dan pemerhatian beliau terhadap budaya dan cara hidup yang unik di Kelantan ketika itu.
Deskripsi
Karya ini yang diberi tajuk Menora seperti yang dilaporkan dalam buku Laporan Tahunan 1981. Figura seorang lelaki sedang menggayakan sejenis kedudukan dalam persembahan tarian Menora adalah tumpuan utama karya ini.Menora atau manohra, manohra chatri atau versi singkatnya disebut nora, nora chatri dan lakon nora merupakan sebuah seni persembahan yang pernah popular suatu ketika dahulu di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Ia juga terkenal di Selatan Thailand iaitu di wilayah Trang, Patthalung, Nakorn Sri Thammarat (Legor), Songkhla dan Pattani. Tarian ini dimainkan pada asalnya bagi tujuan membayar nazar ataupun niat terhadap kejayaan pemburuan, penyembuhan penyakit atau apa-apa nazar.
Menora Hoesein Enas meperlihatkan keadaan asli persembahannya yang dimainkan di atas tanah di halaman wat siam bagi tujuan ritual. Berbeza dengan cara persembahan Menora zaman sekarang yang bersifat pertunjukan kebudayaan dan hiburan yang dimainkan di atas pentas khas yang dilengkapi latar tirai untuk persalinan dan solekan.Pemain utama menora dalam karya ini sedang menggayakan salah satu daripada 12 kedudukan asas tarian yang diilhamkan oleh Mesi Mala iaitu pencipta Menora yang menyaksikan tarian ini di atas kayangan mengikut kepada penceritaan dalam mitologi menora.(1) Laporan Tahunan BSLN 1963.(2) Catatan data biografi yang ditaip dan diedit dengan tulisan tangan oleh Hoessein Enas hingga tahun 1984. Catatan ini adalah simpanan keluarga pelukis yang dipinjamkan untuk pameran 'Kehadiran' Koleksi Hoessein Enas di BSLN 25 Februari 2008.Karya ini memperlihatkan watak utama menora dengan pakaian dan perhiasan, mimikan daripada pakaian raja Siam dahulukala. Perhiasan kepalanya di panggil kecopong dan dalam bahasa Thai ia dipanggil sert. Manakala baju atau perhiasan bersilang dihiasi manik yang berwarna warni dipanggil sebagai sang wang, gelang (kamlai khean), loket hiasan pinggang (phan neng) (3).Latar belakang catan ini kelihatan beberapa figura sedang duduk dan berdiri, bentuk-bentuk tubuh mereka hanya dicadangkan oleh pelukis tanpa diperhalusi. Pelukis Aris Aziz dan Salleh Dawam dua orang anak murid Hoessein pada tahun 70-an di APS(Angkatan Pelukis Semenanjung) berpendapat karya ini dihasilkan melalui lakaran awal dan kemudian disiapkan di studio pelukis dengan cat minyak. Menurut mereka figura pemuzik dan penonton dalam latar belakang karya ini dilukis kemudiannya oleh pelukis secara imaginasi kerana ia begitu ringkas dan bersahaja (4).Bahagian bawah kanan karya ini ditandatangani dengan nama M Hoessein secara lurus (pada tahun 60-an ke atas beliau menandatangan dengan nama “Hoessein” tulisan condong ke bawah kanan) dan dicatatkan 1952 iaitu tahun ia dihasilkan.
Kondisi
Pemeriksaan keadaan fizikal karya Hoessein Enas yang bertajuk Menora ini kami mulakan pada 2 Ogos 2001. Pada tahun tersebut merupakan tahun permulaan aktiviti konservasi BSLN yang lebih fokus apabila Unit Konservasi mula beroperasi dengan sebuah makmal konservasi dilengkapi peralatan dan kelengkapan asas dan terkini di Malaysia pada masa itu. Pada tahun tersebut juga BSLN mengadakan usahasama dengan Ian Potter Conservation Center University of Melbourne, Australia. BSLN telah menandatangani perjanjian persefahaman sebagai rakan kongsi industri dengan pusat konservasi tersebut, bersama-sama National Gallery of Victoria, National Heritage Board Singapura, University of Phillipine dan National Gallery Thailand.Fig.1. Stretcher kayu dengan satu dari keys yangtinggal.The Music of Malaysia, The Classical, folk and Syncretic Tradition, Patricia Matusky and Tan Sooi beng. 2001. SOAS Musicology series.
Temuramah ke atas pelukis Aris Aziz dan Salleh Dawam dijalankan pada 4 Februari 2008 di dalam makmal konservasi BSLN di hadapan karya ini.Karya ini telah terpilih bersama beberapa buah karya lain untuk dibuat pemeriksaan. Didapati Hoessein Enas dan beberapa contoh karya pelukis lain yang mendapat pendedahan dari luar negara seperti Liu Kang dan Georgette Chen cenderung untuk menggunakan kanvas linen di atas stretcher yang diimport atau strainer yang dibuat dalam negara.Fig.2. Imej Menora dari katalog Pameran Ulang Tahun Ke Dua Puloh Lima Penubuhan Balai Seni Lukis Negara 1983.Menurut Ismail Yacob, Pembantu Muzium BSLN tahun 2001 karya ini di simpan secara horizontal atau terbaring sejak tahun 1981 atau mungkin lebih lama masanya. Namun beliau tidak pasti dengan sebarang perubahan yang berlaku di atas karya ini. Perletakan cara itu dibuat kerana keadaan pemukaan karya ini yang sangat rapuh dan kemungkinan catnya gugur jika digantung atau disandar secara menegak.Fig.3. Menunjukan corak retakan pada lapisan catyang dibesarkan x4.5 menggunakan mikroskop stereo.Pemerhatian mendapati keadaan permukaan cat karya ini berada dalam keadaan retak dan serpih terutama di bahagian atas dan bawah, kiri dan kanan. Bahagian tengah yang mengandungi imej figura penari menora kurang terjejas. Walaubagaimanapun bahagian pergelangan tangan kanan penari ini telah mengalami keretakan dan kehilangan cat.
Perbandingan dengan imej daripada katalog Pameran Ulang Tahun Ke Dua Puluh Lima Penubuhan Balai Seni Lukis Negara yang diterbitkan di tahun 1983 mendapati kawasan yang pergelangan tangan itu asalnya terdapat imej gelang tangan atau dikenali juga sebagai kamlai-khean.[Photo]Fig.4. Keadaan Menora semasa pemeriksaan keadaan karyatahun 2001.90% kawasan cat yang tertanggal juga mengalami kehilangan lapisan latar atau ground layer. Semua kawasan yang kehilangan cat dan latar ini menampakkan permukaan pengalas atau support layer yang kelihatan seperti permukaan yang mempunyai karektor linen(5).Permukaan sokongan catan ini yang mempunyai karektor linen juga amat nipis tetapi ia masih kukuh. Bahagian sokongan tambahan atau auxiliary support catan ini adalah jenis stretcher yang dibuat daripada kayu lengkap dengan keys atau selak. Berkemungkinan stretcher ini bukan buatan tempatan kerana karektor kayunya yang berira seperti stretcher siap pasang daripada kayu rose yang diimport.
Permukaan kanvas telah ditegang dan dilekatkan pada stretcher ini dengan paku besi yang telah berkarat akibat daripada oksidasi tindak balas terhadap persekitaran.(5) Pemeriksaan bersama Nicole Andre Tse, Project Conservator, Conservation of Cultural Material Center, University of Melbourne,Australia. 2001.Pemeriksaan pada permukaan latar (ground) catan ini mendapati ia adalah latar putih komersial kerana sapuannya mendatar dan sama rata. Kawasan yang kehilangan latar menampakkan pengalas linen yang nipis dan jarang.Fig.5. Linen yang nipis dan jarangselepas kehilangan ground.[Photo]
Pemeriksaan saintifik ke atas karya ini telah dijalankan dengan menggunakan lampu ultra lembayung (U.V) mendapati catan ini diselaputi dengan lapisan permukaan yang sekata menunjukkan ia daripada jenis salutan resin semula jadi. Terdapat kesan retouching terutama di bahagian bawah catan ini yang menunjukkan ia pernah dipulihara sebelum ini, namun rekod restorasinya tidak dapat dikesan. Ujian kelembutan cat juga telah dilakukan memandangkan rawatan lanjut untuk pengukuhan memerlukan penggunaan vacuum hot table dan tacking iron. Ujian ini mendapati permukaan cat karya ini dapat bertahan kepada pengenalan suhu setinggi 40c,50c hingga 65c.Fig.6. Tompokan gelap adalah kesan kerja retouch terdahulu yang dikesan di bawahsinar U.V.
Rawatan
Untuk melaksanakan kerja-kerja konservasi ke atas karya ini kami telah mengadakan perbincangan dan mengambil pandangan beberapa orang konservator luar. Antaranya ialah Nicole Tse dan Robin Slogget dari CCMC, Australia Pillar Alliandes dari Pre Colombino Museum, Chile dan beberapa orang konservator lain yang telah datang dan melatih kakitangan BSLN.Setelah dibuat dokumentasi dan pemeriksaan, kami telah membuat beberapa ujian larutan ke atas lapisan cat dan salutan permukaan.
Ujian dibuat kerana permukaan catan ini perlu dicuci dengan kaedah basah menggunakan beberapa jenis larutan.
Cabaran peringkat pertama kerja konservasi ke atas karya ini ialah mengasingkan dan merekodkan setiap lapisan cat yang tertanggal. Serpihan cat-cat kering ini diasingkan ke dalam ceper petri bagi tujuan melekatkannya semula apabila kerja-kerja konsolidasi dan infilling kelak. Masalah utama karya ini ialah kawasan lapisan cat yang tidak berintegrasi dengan permukaan latar dan alas.[Photo]Konsolidasi harus dilakukan secara berperingkat.Peringkat pertama konsolidasi dilakukan terus secara penyelamatan (rescue) yakni pengukuhan cat dilakukan terus ke atas permukaan catan semasa ia dibaringkan tanpa memisahkan bingkai dan dan stretcher.Setiap satu lapisan cat yang terenggang kami cantumkan kembali dengan menggunakan bahan pelekat daripada campuran 5 % w/v air nyah ion (Deionized water) dan gelatin. Kerja ini mengambil masa yang agak lama dan perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana sebarang kelalaian akan mengundang retakan dan serpihan selanjutnya kepada permukaan cat.Setelah lapisan cat stabil, catan ini telah bersedia untuk diselenggara. Ia kemudian dipisahkan daripada bingkai dan dibuat cucian kering di bahagian muka dan belakang catan yang agak berhabuk.
Jika catan ini tidak dikukuhkan tentulah lapisan cat akan terjatuh dan meretak sekiranya ia di terbalik.Setelah selesai cucian asas, terdapat kawasan lapisan cat yang tidak rata dan sedikit ternganga perlu diratakan dengan tacking iron pada suhu 65 c. Catan ini retak dan serpih disebabkan terdedah kepada kelembapan dan kekeringan yang tidak terkawal. Bagi menstabilkan kembali elastisiti cat dan kanvas, lembapan dengan kadar 78% RH (humidify) diperkenalkan kepada catan ini didalam bekas yang direka khas daripada akrilik. Kaedah ini juga membantu meratakan kembali permukaan cat dan alas daripada kanvas yang kering itu.Peringkat kedua kerja konsolidasi dijalankan di atas vacuum hot table. Konsolidasi dilakukan dengan bahan pelekat yang sama, tetapi dengan menggunakan lens tissue paper sebagai pemegang dan pengukuh lapisan cat. Bagi melicinkan serapan pelekat ke rongga lapisan cat paling halus, agen penyerap seperti alkohol digunakan.Fig.8. Salutan tisu L dan bahan pelekat untukkerja pengukuhan.Meja penyedut ini (vacuum hot table) kemudiannya diaktifkan bagi penyerapan pelekat yang sekata.
Seterusnya lebihan pelekat dikeluarkan dan dicuci daripada permukaan cat. Lapisan cat yang melalui proses ini menjadi kembali kukuh. Setelah itu cabaran yang berikutnya ialah mengambil masa lama untuk membuka kembali lapisan pemegang pelekat daripada kertas tisu lens ini (lens tissue paper) . Membuka tisu ini umpama membuka baluatan luka manusia, cuma bezanya manusia dapat bersuara jika kerja dilakukan dengan kasar atau ia akan mendapat luka pasca buka. Kami sentiasa mengingatkan sesama sendiri semasa membuka balutan tisu daripada catan ini agar dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Biar lambat asal selamat.[Photo] Fig.9. Infilling dengan kalsium karbonat (CaCO3).Kerja infilling dilakukan sebaik salutan tisu habis dibuka dan lebihan bahan pelekat dicuci daripada permukaan catan. Bagi kerja-kerja infilling campuran kalsium karbonat (CaCO3), gelatin dan air nyah ion digunakan sebagai bahan latar (ground). Bahagian-bahagian yang kehilangan latar diisikan dan diratakan. Setelah ia siap bahagian ini telah sedia untuk ditutup dengan lapisan warna atau inpainting.
Inpainting ialah satu kaedah non destruktif dalam konservasi, ia merupakan lapisan nipis yang terakhir dengan menggunakan bahan warna yang boleh ditanggalkan kemudiannya.Ramai di kalangan pengumpul dan pelukis kerap menggunakan istilah touch-up untuk kerja-kerja ini tetapi ia adalah suatu perkara yang berbeza dari segi amalan dan etikanya.[Photo]Fig.10. Pemasangan copper tack.Proses terakhir kerja-kerja menyelamatkan karya ini ialah membingkaikannya semula selepas ia diregangkan menggunakan paku tembaga (copper tack) dan pelapik daripada kertas memisahkan paku dan kanvas. Catan dan bingkai kami jarakkan menggunakan kaedah LM(6) dan satu lapisan penebat sel udara seperti kusyen bagi mengelakkan kanvas dicederakan oleh kayu bingkai yang dipasangkan di bahagian dalam bingkai. Bahagian belakang catan yang kosong ini ditutup dengan archival foamboard bagi mengelakkan habuk dan perangkap oksigen yang akan memudaratkan permukaan catan kelak.Fig.11. Bahagian belakang catan yang dipasang dengan backing board.Dalam pelaksanaan kerja-kerja konservasi ini semua bahan adalah yang boleh diubah (reversible), kandungannya direkod; keadaan objek atau karya didokumenkan sebelum, semasa dan selepas. Setelah kerja ini selesai ia akan dikembalikan ke pusat repositori atau galeri pameran keadaannya diperhati jika berlaku sebarang perubahan. Selain memastikan keadaan kelembapan,cahaya,suhu dan sistem keselamatan bagi memastikan karya ini berada dalam keadaan baik dan selamat. Ia juga bergantung kepada tanggungjawab dan sikap kita sebagai penghayat untuk bekerjasama menjaga dan memulihara warisan seni visual negara.[Photo] 'Menora' selepas rawatan.
Rujukan
  1. Tse, Nicole. South East Asian Oil, Painting: Supports and Preparatory Layers. 2006. CCMC, University of Melbourne.
  2. Matusky, P and Beng, T.S. The Music of Malaysia, The Classical, folk and Syncretic Tradition. 2001. SOAS Musicology Series.
  3. The Conservation Unit. Science For Conservator Volume 2.1987. Routledge London and New York.
  4. Amerrudin Ahmad, Basic Guide Lines for Conservation of Mixed Media Painting, 1998-1999. Desertation for Conservation of Cultural Material NRLC, Lucknow, India.
  5. Balai Seni Lukis Negara. Lapuran Tahunan 1981. Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur.
  6. National Art Gallery. Report of the Working Committee on Activities and Achievements from June 3,1958 to February 28, 1963. Kuala Lumpur 15 Mac 1963.
Glosari
  1. Acid Free - Keadaan bahan yang neutral atau alkali dalam pH, biasa digunakan untuk menyatakan jenis kertas yang digunakan untuk membungkus/menyimpan koleksi karya atau artifak.
  2. Backing – Material yang dilekatkan di belakang alas utama. Perletakan untuk menutup sebahagian atau keseluruhan belakang catan.
  3. Cleavage - Serpihan atau pemisahan lapisan-lapisan media. Contoh : serpihan cat daripada alas/kanvas.
  4. Crack(retak) - Pemisahan atau patahan di antara satu atau lebih lapisan material, biasanya adalah hasil daripada tekanan mekanikal atau pengecutan akibat kering.
  5. Deionized water- Sejenis air yang diproses dengan membuang kandungan ion larutan kimia dengan disalirkan melalui tabung khas. Kebanyakan ion yang dinyahkan adalah merbahaya kepada kertas seperti ion besi dan tembaga. Proses ini juga membuang kalsium dan ion lain yang biasanya ditambah dalam air nyah-ion untuk tujuan kesihatan.
  6. Dry cleaning (cuci kering) - Teknik cucian mudah untuk membuang kotoran dan habuk yang tidak tertanam atau melakat pada objek. Kaedah ini menggunakan berus, kain, penyembur angin dan bahan daripada getah. Kaedah ini juga dipanggil sebagai surface cleaning.
  7. Fading(pudar) - Perubahan dalam pigmen atau pencelup warna, kebiasaannya adalah akibat terdedah kepada cahaya, tetapi kadangkala juga disebabkan oleh perubahan pH atau pendedahan kepada pencemaran atau bahan kimia.
  8. Fill / infilling – Sejenis teknik untuk menggantikan kehilangan latar.
  9. Humidify – Prosedur rawatan di mana kelembapan digunakan sam ada dalam bentuk kabut cecair atau semburan atau wap air untuk mengembalikan keanjalan kertas/kain atau apa-apa bahan. Untuk membenarkan pelepasan dan pembentukan ikatan hidrogen di dalam alas kertas atau kain bagi membolehkan penyusunan semula serat.
  10. Inpainting – Teknik restorasi untuk menggantikan kawasan yang kehilangan media bagi tujuan menyambung penghayatan. Bahan daripada serbuk pigmen atau pelbagai media artis digunakan.