Total Pageviews

Saturday, October 18, 2008

LENGGONG HANCUR DI HENTAM METEORITE

Lima hari aku di Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia USM di Kota Tampan, Lenggong, Perak. Cantik tempat ni dengn seni bina dan lanskap yang amat ringkas dan menghormati alam. kebetulan isteri aku orang Raban, sempatlah singgah rumah mertua kat tasik tu..Ekskavasi disini penah buat sejak zaman orang putih tetapi yang paling berjaya pada tahun 1987-88 dan 1995 oleh Dr Zuraina Majid, Dr Mokhtar and the gang dari PPAM USM. Dr Mokhtar pengarah PPAM sekarang yang organise kursus ni. Musim hujan banyak pacat tapi memang best p site buat dokumentasi dan ekskavasi di Gunung Teluk Kelawar(GTK), Tapak Terbuka di Bukit Bunuh ..Bukit Bunuh ni 1.7 juta tahun dulu kena hentam meteorite rupanya..

Prof.Madya Dr Mokhtar sedang memberikan penerangan tentang paleoalam Bukit Bunuh. Dibelakangnya adalah lembah kesan titik kawah jatuhan meteorite 1.74 juta tahun yang lalu.

Artifak batuan zaman paleolitik yang kami jumpa semasa buat carian di permukaan Bukit Bunuh(tapak arkeologi terbuka). Alat ini terdiri daripada choper, hand axe, batu pelantas dan alat batu lain dari jenis savite, rejang dan quarzit. Usia alat batu ini digunakan sekitar 40,000 tahun yang lalu dan mungkin lebih tua.

Perjalanan turun dari Bukit Jawa menghadap kampung Gelok dan Gua Telok Kelawar.Bukit Jawa ada kesan lapisan abu gunung berapi Toba yang meletus 75,000 tahun dahulu. asap dan abunya menutupi asia tenggara dan sebahagian india selama seminggu.
Nisa aka Rock Girl(Pelajar Geologi) tgh buat master kajian polenologi(kaji debunga purba). sedang memberikan peneranga tentang cara ambil sampel tanah unjuk ujian polen. Nisa bertanggungjawab sekarang ni buat penyelidikan dan ekskavasi di tapak Bukit Bunuh dibawah seliaan Dr Mokhtar. Boleh tahan budak ni, ada kesunguhan dan minat, dia redah je tempat yang berselut dan belukar bepacat tu, takde geli-geli..saiz pun sesuai untuk kerja dalam trench tu.

Dr Stephen Chia sedang tunjukan cara konservasi tapak arkeologi dan cara ambil sample untuk ujian pertarikhan c14/carbon dating(sape nak date dengan arang..)

Aku di site GTK dalam petak A2. saiz 2 x 2 m. spit 9( 80-90cm) ada banyak cengkerang siput jenis Brotia Spinola(siput sedut tu). beribu-ribu cengkerang siput tu di GTK, ada tembikar dan tulang homo sapiens. Tempat ni macam rest house kerajaan le masa tu, sape-sape je boleh singgah yob(8,000 tahun dulu) pinggang aku okayyy..
Encik Jefri(tgh siapkan phd) sedang terangkan cara penghasilan alat batu oleh orang zaman paleolitik.
Kapak batu yang dijumpai atas tanah.
Encik Hamid ahli etnoarkeologi sedang menerangkan hubungan masyarakat paleolitik dengan kaum lanuh di lenggong. Dia suruh kami terjun sungai(eksperimen) cari siput brotia spinula dan masak makan cara orang paleolitik..dah buat dan besok tu rosli bawa siput sedut gaya masak lemak cili api..kaw..makan pulak dalam hutan memang tak cukup..
Brotia Spinula aku, lebih kurang 45 ekor ada saiz L,M dan S.(bantuan brader rosli) Semasa berjalan turun dari Bukit Jawa kami telah melihat " bukti yyg menunjukkan masyarakat paleolitik yang dapat memikirkan cara untuk bergerak dengan mudah, conohnya dengan menumpang di ekor dan kaki haiwan besar untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain" -aprisiasi oleh Encik Rashid TUDM.
Galeri Lukisan di Gua Badak, semakin terancam.
Kebun jagung orang kampung di kaki bukit Gua Gunung Runtuh tempat perakman dikebumikan 40,000 tahun lalu.
Brader Bad sedang menuruni gunung runtuh dengan gaya meets uncle husein.


Ada gaya tokey baja tahik kelawar dakk..

4 comments:

Syahrul said...

Wahh...senyap2 je En.Amer ngan En. Bard gi kursus ye..

Banyak juga info baru yg dapat dikongsi bersama.Nanti balik, boleh buat talk kat kitaorang plak.....

amerr said...

banyak le jugak info yg aku baru tahu pasal pra sejarah ni. tempat yang kami pi tu kampung daud, imi dan suhaimi fadzil.

mamat khalid patut buat satu filem pasal manusia paleolitik yang berkampung di lembah lenggong ni 10,000 tahun dulu. macam 10,000 ad tu mesti kelalkar kan.

MeDiArTpAsSiOn said...

Lahhhh Mr Bad dari Bard's Band rupanyer. Aku ingatkan species Yeti aka Bigfoot yang bantut. Apapun ko memang sesuai kat situ Bad. Ada gaya...... (ko boleh tengok perubahan revoplusi manusia ikut teori Darwin, ko akan jumpa ko kat period mana! hehehehhe. Sunyi tanpa mu seminggu di balai, tadak org nak dibuli! Selamat kembali!!!!!

For amerr bukannya apa. Outing ni seronok lepas tens ngan kerja dibandar ni. Kitorg pun tgh merancang nak kelaut untuk menyambung karier sebagai nelayan bersama Pak Sani Mat Dom. Ada berani?????

amerr said...

sekali-sekali keluar dari kotak balai ni memang nampak yang dunia ni lebih indah diluar sana..

ucapan takziah kami pada saudara majdi atas pemergian ayah menrtua ke rahmat ilahi..

cabaran ke laut tu memang melelehkan, sila bagi tau time dan hari