Total Pageviews

Saturday, October 18, 2008

ANAK AYAM DIDIK



PRESERVASI BUDAYA?
Anak aku dah taktau apa itu anak ayam didik. ayam yang dia jumpa dalam pinggan je.
masa nak ke usm penang kemarin aku singgah di kampung penghulu him, sg petani(sebelum jumpa mak aku di patani jaya) singgah rumah member. cikgu man orang panggil dia, dulu kami panggil dia man spek. tapi tiga tahun lepas dia mai rumah aku di KL ajak aku teman buat operation lassik(power mata dia 1500 dan 1800) lani dah tak pakai spek..

Aku selalu kenangkan warisan budaya nenek moyang aku, kalau balik kampung aku selalu sembang dengan dia pasal sejarah dan warisan yang semakin hilang terutama yang ahli sejarah dan budaya melayu malaysia tak berminat sangat iaitu kebudayaan melayu segenting(utara semenanjung sampai ke sempadan burma).

Man ni bagi aku adalah antara spesis orang kampung tulen yang susah aku nak jumpa. aku kata macam tu pasal perkara yang semakin hilang dalam orang melayu(orang kmpung) masih ada pada dia.. rupa dan bentuk dia aku rasa kuat ada dna orang melayu purba...
dia juga seorang guru sekolah yang dihormati oleh orang kampung dan anak murid, pandai mengurut dan tau kat mana nak cari orang pandai mengurut dan mengubat, dia dan bapak dia pandai pukul gendang silat, amal silat dan mboh/ tomoi, satu famili ramah tamah, kalau hang kawan dengan dia makna kata satu famili dia kenal hang, lepas tu mmm..dia pulak ada dua cawangan dan dua-dua kamcin lak tu..

Tapi yang paling best man ni ada hobi sama dengan aku masa budak-budak dulu dan dia ada masa teruskan tu lagi sekarang ni..iaitu bela anak karin(ikan laga) dan ayam sabung...dulu merata kampung sampai kelantan juga aku usha anak ayam dengan dia. lani dah kerja dan ada duit sikit pi sampai Patthalung dan Surat Thani (utara semenanjung) cari anak ayam atau tok guru silat dan tomoi(rasanya dah 4/5 kali naik stage kat Pendang, SP dan Baling). Kat tempat aku ni kalau orang kampung yg rumah dia ada ayam sabung dalam cerkap buluh di halaman rumah tu biasanya orang di rumah tu masih rapat dengan budaya melayu(utara semenanjung) macam muzik gendang silat, wayang kulit, pikat burung, martial arts, bomoh patah/urat, dlln.

Ayam tu kami tak masuk bong(bertaruh) tapi apreciate keindahan dan kepahlawanannya dengan membaca tanda-tanda dan pembawakan..macam kolektor-kolektor lain juga..nantilah kalau ada masa aku cerita lagi.

3 comments:

MeDiArTpAsSiOn said...
This comment has been removed by the author.
MeDiArTpAsSiOn said...

Wow, Norman masih ngan hobi 'manok sabung' (nama khas di sarawak) dia! Teringat masa kecik-kecik curi-curi tengok orang berjudi nyabong manok. Kat sana gelanggang dia (aku tak ingat dirog panggil apa coz aku ni dah dlm kategori sarawak murtad dan dalam proses nak refresh balik semua budaya yang best masa aku kecik2 dulu) macam stadium beb. Kena apply lesen. Walaupun judi tu haram tapi ni dah budaya orang tempatan (terutama kaum Iban). Berjudi (sabong manok) ni dibolehkan asal di gelanggang yang berlesen. Teringat gak ada wakil rakyat yang bagi manok taiwan kepada 'Tuai Rumah' (Penghulu Rumah Panjang) untuk pangkah dia. Biasanya cara ni paling efisien daripada undi wang. Macm2 hal. Cara tu rasanya boleh dikatakan budaya juga kot, lain padang lain belalang......

Anonymous said...

Man ni khabarnya nak buka cawangan ketiga....