Total Pageviews

Sunday, August 28, 2016

PERKARA YANG MUDAH DALAM KONSERVASI PREVENTIF

Konservasi preventif adalah tindakan untuk meminimakan risiko kepada koleksi. Antara masalah yang kerap dilihat dan menjadi 'biasa' yang berlaku pada koleksi catan ialah kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian manusia. Faktor ini mungkin disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan latihan dalam mengendalikan koleksi seni dan sifat ambil mudah pada selok belok 'menyantuni' koleksi seni. Antara kerosakan yang sering terjadi kesan daripada kecuaian ini adalah seperti; calar pada permukaan catan, calar dan pecah pada bingkai, kanvas terlekuk, terkoyak, berlubang dan kesan grease dari jari.

Perkara utama yang paling asas perlu diberi perhatian ialah PPE atau personal protection equipment.
PPE ini untuk melindungi objek dan diri sendiri dari risiko risiko yang dapat ditangani.
gambar contoh rahime dan yem yang memakai PPE apron, helmet dan safety boots semasa bekerja di lokasi. gambar ini diambil masa selesai kerja dan sedang bersedia untuk pulang, jadi mereka berdua telah tanggalkan sarung tangan blu nitril glove yang biasa dipakai.
Ini pula contoh kegunaan blue nitril glove yang dipakai oleh dodi dan white cotton glove yang dipakai oleh bidin(wajah kedua-dua mereka telah di crop, maaf).
 Yem sedang membuat semakan dan memeriksa karya yang diterima. ini adalah pemeriksaan fizikal yang yang menjadi standard praktis iaitu Condition Report, perkara ini akan dibincangkan dalam posting yang lain.
Kelihatan zahut dan baha sedang memeriksa catan batik oleh Chew Kiat Lim yang dihasilkan pada tahun 1969.Mereka berdua memakai glove kerana catan batik adalah antara koleksi yang sensitif. 




Gambar di atas adala hperkara penting yang sering diabaikan. Di balai dijabatan kami bekerja telah dipersetujui satu polisi iaitu tidak ada mana-mana koleksi seni terutama catan akan diletakkan menyentuh lantai. Pelapik mesti diletakkan sebagai barrier antara lantai dengan koleksi.
Ada beberapa risiko jika ia tidak dipatuhi, antaranya; bingaki akan tercalar, yang tak berbingkai pula tacking margin nya akan calar dan rosak. Malah jika berlaku tumpahan air atau kebocoran atau lantai lembab akan menyebabkan berlakunya resapan kelembapan terus pada catan. Jadi ini adalah tindakan preventif bagi mengurangkan sebanyak mungkin risiko yang bakal terjadi.

No comments: