Total Pageviews

Tuesday, August 9, 2016

WONG HOY CHEONG DI BALAI SENI LUKIS NEGARA 2004


Gambar ini bukan aksi tukang masak sedang bekerja di dapur restoran(nampak macam tu la). Ini adalah gambar gambar kenangan 2004 semasa terlibat dalam penyediaan karya instalasi Hoy Cheong untuk solo beliau, rasanya ini karya indigenous skin..

 Tengah 'disecting' cili kering dan lekatkan kat kepala gentian kaca tu...(bukan nak buat sambal aa)
Betul lah macam assistant chef kat michelin restoran kalau semua pakai uniform cook.Dalam gambar aku, Baharuddin our lab assistant dan di belakang aku tu brader Wong Hoy Cheong tengah perati jer kami tolong prepare work dia. This is my second experience kerja dengan artis (1st one was with Zulkifli Yusof for his power series masa aku student dulu in the 90s).
Hoy Cheong adalah seorang artis yang hebat. Beliau sangat teliti dan amat memahami keperluan dan cara pengendalian karya-karyanya. Satu pengalaman yang hebat walaupun peranan kami tersangatlah  kecil.


No comments: