Rawatan:Consolidation of paint layer, surafce cleaning, relining, infilling, inpainting
Karya: Cat minyak atas linen bertajuk 'Menora' dihasilkan pada tahun 1952 oleh Hoessein Enas(b.1924-1995)
(c)Amerrudin Ahmad. 2008. Kuala Lumpur
[Photo] 'Menora' sebelum rawatan.
Pengenalan
Perbincangan tentang lestari dan Hoessein Enas sering berkait. Ia berkisar tentang amalan cara hidup dan rasa tanggungjawab memlihara khazanah bangs; daripda hasil alam mahupun ketamadun manusia. Dalam sejarah hidupnya, beliau pernah bertugas sebagai Assistant Protector of Aborigines yang bertanggung jawab menjaga kepentingan dan menyelidiik tentang budaya dan kehidupan orang asli. Bagi melestarikan budaya dan keunikan hasil tangan mereka, beliau telah membekalkan peralatan mengukir kayu kepada orang asli sekitar tahun 50-an. Pelukis kagum dengan kebudayaan dan cara hidup masyarakat Malaya, Borneo serta Malaysia kini. Justeru banyak karya beliau merakamkan gambaran sesuatu adat dan budaya pelbagai etnik di negara kita. Beliau merakamkan keindahan budaya, ras dan cara hidup manusia di atas kanvasnya untuk dihayati oleh generasi masa hadapan. Ia berbeza dengan rakaman fotografi kerana kebebasan pelukis menambah dan mencurahkan rasa.Bagi melestarikan penghayatan dan apresiasi karya-karya pelukis ulung ini, BSLN bertanggungjawab memastikan keselamatan, memelihara keadaan, memanjangkan jangka hayat koleksi dan memudahkan akses kepada penyelidik dan penghayat sekarang dan masa hadapan.
Gabungan pengetahuan dan bantuan sains terkini diperlukan bagi merealisasikan misi ini. Namun, kedua-dua gabungan elemen ini sering menghadapi cabaran yang menyebabkan wujud keterbatasan. Keterbatasan pertama ialah faktor alam - apabila suhu dan cuaca yang sekali sekala agak melampau memberikan kesan kepada julat garis bacaan RH yang mengakibatkan tindak balas fotokimia kepada kandungan bahan(property) koleksi. Cat menjadi pudar, kanvas menjadi kering atau terlalu lembab berlaku retakan dan memungkinkan pertumbuhan mikro organisme merbahaya kepada koleksi.Selain itu, faktor kedua keterbatasan pula mencakupi sikap dan sifat manusia sendiri seperti vandalisme, kecuaian penyelenggaraan dan sistem keselamatan.
Dalam mengahadapi cabaran ini, BSLN sentiasa peka terhadap kaedah terkini dan paling berkesan untuk menjaga dan memelihara koleksi seni viusal negara.
Peningkatan keperluan peralatan dan kelengkapan konservasi dan koleksi sentiasa diberi perhatian oleh BSLN. Malahan cadangan untuk menaiktaraf sistem keselamatan dan mewujudkan sebuah makmal konservasi dan penyelidikan bergerak telah mendapat kelulusan peruntukan. Impian ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang apabila BSLN memberi perhatian terhadap perancangan jangka panjang dalam penanaman modal insan serta membentuk latihan kepakaran yang diiktiraf antarabangsa kepada para kakitangan dan pegawainya kelak. Di sini dicatatkan secara ringkas inisiatif BSLN dalam melestarikan koleksi seni visual rakaman daripada penghayatan seni, budaya dan warisan melalui kerja-kerja konservasi karya catan bertajuk Menora oleh Hoessein Enas yang dihasilkan 58 tahun yang lalu.
Koleksi
Karya ini (BSLN 1981.51) telah diperoleh pada tahun 1981 melalui sumbangan hadiah oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Shepperd mantan Ahli Lembaga Amanah BSLN pada tahun 1958 hingga 1959(1). Tahun 1981 dicatatkan oleh Hoessein Enas dalam catatan data biografinya sebagai dark period non active in painting after the “ Agony before survival”. 1981 adalah tahun rehat beliau selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di London.Menora yang dihasilkan pada tahun 1952 adalah karya Hoessein Enas yang terawal dalam Koleksi Himpunan Tetap. Tahun karya ini terhasil merupakan tahun bersejarah bagi Hoessein Enas kerana beliau telah mendapat status kerakyatan Malaya. Pada tahun ini juga beliau bekerja sebagai ketua pelukis di Department of Museums and Aboriginal Research (Jabatan Muzium dan Penyelidikan Orang Asli) di Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama juga beliau telah dikomisenkan untuk melukis potret Yang Mulia Al-Sultan Kelantan(2). Berkemungkinan besar karya ini dihasilkan melalui pengamatan dan pemerhatian beliau terhadap budaya dan cara hidup yang unik di Kelantan ketika itu.
Deskripsi
Karya ini yang diberi tajuk Menora seperti yang dilaporkan dalam buku Laporan Tahunan 1981. Figura seorang lelaki sedang menggayakan sejenis kedudukan dalam persembahan tarian Menora adalah tumpuan utama karya ini.Menora atau manohra, manohra chatri atau versi singkatnya disebut nora, nora chatri dan lakon nora merupakan sebuah seni persembahan yang pernah popular suatu ketika dahulu di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Ia juga terkenal di Selatan Thailand iaitu di wilayah Trang, Patthalung, Nakorn Sri Thammarat (Legor), Songkhla dan Pattani. Tarian ini dimainkan pada asalnya bagi tujuan membayar nazar ataupun niat terhadap kejayaan pemburuan, penyembuhan penyakit atau apa-apa nazar.
Menora Hoesein Enas meperlihatkan keadaan asli persembahannya yang dimainkan di atas tanah di halaman wat siam bagi tujuan ritual. Berbeza dengan cara persembahan Menora zaman sekarang yang bersifat pertunjukan kebudayaan dan hiburan yang dimainkan di atas pentas khas yang dilengkapi latar tirai untuk persalinan dan solekan.Pemain utama menora dalam karya ini sedang menggayakan salah satu daripada 12 kedudukan asas tarian yang diilhamkan oleh Mesi Mala iaitu pencipta Menora yang menyaksikan tarian ini di atas kayangan mengikut kepada penceritaan dalam mitologi menora.(1) Laporan Tahunan BSLN 1963.(2) Catatan data biografi yang ditaip dan diedit dengan tulisan tangan oleh Hoessein Enas hingga tahun 1984. Catatan ini adalah simpanan keluarga pelukis yang dipinjamkan untuk pameran 'Kehadiran' Koleksi Hoessein Enas di BSLN 25 Februari 2008.Karya ini memperlihatkan watak utama menora dengan pakaian dan perhiasan, mimikan daripada pakaian raja Siam dahulukala. Perhiasan kepalanya di panggil kecopong dan dalam bahasa Thai ia dipanggil sert. Manakala baju atau perhiasan bersilang dihiasi manik yang berwarna warni dipanggil sebagai sang wang, gelang (kamlai khean), loket hiasan pinggang (phan neng) (3).Latar belakang catan ini kelihatan beberapa figura sedang duduk dan berdiri, bentuk-bentuk tubuh mereka hanya dicadangkan oleh pelukis tanpa diperhalusi. Pelukis Aris Aziz dan Salleh Dawam dua orang anak murid Hoessein pada tahun 70-an di APS(Angkatan Pelukis Semenanjung) berpendapat karya ini dihasilkan melalui lakaran awal dan kemudian disiapkan di studio pelukis dengan cat minyak. Menurut mereka figura pemuzik dan penonton dalam latar belakang karya ini dilukis kemudiannya oleh pelukis secara imaginasi kerana ia begitu ringkas dan bersahaja (4).Bahagian bawah kanan karya ini ditandatangani dengan nama M Hoessein secara lurus (pada tahun 60-an ke atas beliau menandatangan dengan nama “Hoessein” tulisan condong ke bawah kanan) dan dicatatkan 1952 iaitu tahun ia dihasilkan.
Kondisi
Pemeriksaan keadaan fizikal karya Hoessein Enas yang bertajuk Menora ini kami mulakan pada 2 Ogos 2001. Pada tahun tersebut merupakan tahun permulaan aktiviti konservasi BSLN yang lebih fokus apabila Unit Konservasi mula beroperasi dengan sebuah makmal konservasi dilengkapi peralatan dan kelengkapan asas dan terkini di Malaysia pada masa itu. Pada tahun tersebut juga BSLN mengadakan usahasama dengan Ian Potter Conservation Center University of Melbourne, Australia. BSLN telah menandatangani perjanjian persefahaman sebagai rakan kongsi industri dengan pusat konservasi tersebut, bersama-sama National Gallery of Victoria, National Heritage Board Singapura, University of Phillipine dan National Gallery Thailand.Fig.1. Stretcher kayu dengan satu dari keys yangtinggal.The Music of Malaysia, The Classical, folk and Syncretic Tradition, Patricia Matusky and Tan Sooi beng. 2001. SOAS Musicology series.
Temuramah ke atas pelukis Aris Aziz dan Salleh Dawam dijalankan pada 4 Februari 2008 di dalam makmal konservasi BSLN di hadapan karya ini.Karya ini telah terpilih bersama beberapa buah karya lain untuk dibuat pemeriksaan. Didapati Hoessein Enas dan beberapa contoh karya pelukis lain yang mendapat pendedahan dari luar negara seperti Liu Kang dan Georgette Chen cenderung untuk menggunakan kanvas linen di atas stretcher yang diimport atau strainer yang dibuat dalam negara.Fig.2. Imej Menora dari katalog Pameran Ulang Tahun Ke Dua Puloh Lima Penubuhan Balai Seni Lukis Negara 1983.Menurut Ismail Yacob, Pembantu Muzium BSLN tahun 2001 karya ini di simpan secara horizontal atau terbaring sejak tahun 1981 atau mungkin lebih lama masanya. Namun beliau tidak pasti dengan sebarang perubahan yang berlaku di atas karya ini. Perletakan cara itu dibuat kerana keadaan pemukaan karya ini yang sangat rapuh dan kemungkinan catnya gugur jika digantung atau disandar secara menegak.Fig.3. Menunjukan corak retakan pada lapisan catyang dibesarkan x4.5 menggunakan mikroskop stereo.Pemerhatian mendapati keadaan permukaan cat karya ini berada dalam keadaan retak dan serpih terutama di bahagian atas dan bawah, kiri dan kanan. Bahagian tengah yang mengandungi imej figura penari menora kurang terjejas. Walaubagaimanapun bahagian pergelangan tangan kanan penari ini telah mengalami keretakan dan kehilangan cat.
Perbandingan dengan imej daripada katalog Pameran Ulang Tahun Ke Dua Puluh Lima Penubuhan Balai Seni Lukis Negara yang diterbitkan di tahun 1983 mendapati kawasan yang pergelangan tangan itu asalnya terdapat imej gelang tangan atau dikenali juga sebagai kamlai-khean.[Photo]Fig.4. Keadaan Menora semasa pemeriksaan keadaan karyatahun 2001.90% kawasan cat yang tertanggal juga mengalami kehilangan lapisan latar atau ground layer. Semua kawasan yang kehilangan cat dan latar ini menampakkan permukaan pengalas atau support layer yang kelihatan seperti permukaan yang mempunyai karektor linen(5).Permukaan sokongan catan ini yang mempunyai karektor linen juga amat nipis tetapi ia masih kukuh. Bahagian sokongan tambahan atau auxiliary support catan ini adalah jenis stretcher yang dibuat daripada kayu lengkap dengan keys atau selak. Berkemungkinan stretcher ini bukan buatan tempatan kerana karektor kayunya yang berira seperti stretcher siap pasang daripada kayu rose yang diimport.
Permukaan kanvas telah ditegang dan dilekatkan pada stretcher ini dengan paku besi yang telah berkarat akibat daripada oksidasi tindak balas terhadap persekitaran.(5) Pemeriksaan bersama Nicole Andre Tse, Project Conservator, Conservation of Cultural Material Center, University of Melbourne,Australia. 2001.Pemeriksaan pada permukaan latar (ground) catan ini mendapati ia adalah latar putih komersial kerana sapuannya mendatar dan sama rata. Kawasan yang kehilangan latar menampakkan pengalas linen yang nipis dan jarang.Fig.5. Linen yang nipis dan jarangselepas kehilangan ground.[Photo]
Pemeriksaan saintifik ke atas karya ini telah dijalankan dengan menggunakan lampu ultra lembayung (U.V) mendapati catan ini diselaputi dengan lapisan permukaan yang sekata menunjukkan ia daripada jenis salutan resin semula jadi. Terdapat kesan retouching terutama di bahagian bawah catan ini yang menunjukkan ia pernah dipulihara sebelum ini, namun rekod restorasinya tidak dapat dikesan. Ujian kelembutan cat juga telah dilakukan memandangkan rawatan lanjut untuk pengukuhan memerlukan penggunaan vacuum hot table dan tacking iron. Ujian ini mendapati permukaan cat karya ini dapat bertahan kepada pengenalan suhu setinggi 40c,50c hingga 65c.Fig.6. Tompokan gelap adalah kesan kerja retouch terdahulu yang dikesan di bawahsinar U.V.
Rawatan
Untuk melaksanakan kerja-kerja konservasi ke atas karya ini kami telah mengadakan perbincangan dan mengambil pandangan beberapa orang konservator luar. Antaranya ialah Nicole Tse dan Robin Slogget dari CCMC, Australia Pillar Alliandes dari Pre Colombino Museum, Chile dan beberapa orang konservator lain yang telah datang dan melatih kakitangan BSLN.Setelah dibuat dokumentasi dan pemeriksaan, kami telah membuat beberapa ujian larutan ke atas lapisan cat dan salutan permukaan.
Ujian dibuat kerana permukaan catan ini perlu dicuci dengan kaedah basah menggunakan beberapa jenis larutan.
Cabaran peringkat pertama kerja konservasi ke atas karya ini ialah mengasingkan dan merekodkan setiap lapisan cat yang tertanggal. Serpihan cat-cat kering ini diasingkan ke dalam ceper petri bagi tujuan melekatkannya semula apabila kerja-kerja konsolidasi dan infilling kelak. Masalah utama karya ini ialah kawasan lapisan cat yang tidak berintegrasi dengan permukaan latar dan alas.[Photo]Konsolidasi harus dilakukan secara berperingkat.Peringkat pertama konsolidasi dilakukan terus secara penyelamatan (rescue) yakni pengukuhan cat dilakukan terus ke atas permukaan catan semasa ia dibaringkan tanpa memisahkan bingkai dan dan stretcher.Setiap satu lapisan cat yang terenggang kami cantumkan kembali dengan menggunakan bahan pelekat daripada campuran 5 % w/v air nyah ion (Deionized water) dan gelatin. Kerja ini mengambil masa yang agak lama dan perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana sebarang kelalaian akan mengundang retakan dan serpihan selanjutnya kepada permukaan cat.Setelah lapisan cat stabil, catan ini telah bersedia untuk diselenggara. Ia kemudian dipisahkan daripada bingkai dan dibuat cucian kering di bahagian muka dan belakang catan yang agak berhabuk.
Jika catan ini tidak dikukuhkan tentulah lapisan cat akan terjatuh dan meretak sekiranya ia di terbalik.Setelah selesai cucian asas, terdapat kawasan lapisan cat yang tidak rata dan sedikit ternganga perlu diratakan dengan tacking iron pada suhu 65 c. Catan ini retak dan serpih disebabkan terdedah kepada kelembapan dan kekeringan yang tidak terkawal. Bagi menstabilkan kembali elastisiti cat dan kanvas, lembapan dengan kadar 78% RH (humidify) diperkenalkan kepada catan ini didalam bekas yang direka khas daripada akrilik. Kaedah ini juga membantu meratakan kembali permukaan cat dan alas daripada kanvas yang kering itu.Peringkat kedua kerja konsolidasi dijalankan di atas vacuum hot table. Konsolidasi dilakukan dengan bahan pelekat yang sama, tetapi dengan menggunakan lens tissue paper sebagai pemegang dan pengukuh lapisan cat. Bagi melicinkan serapan pelekat ke rongga lapisan cat paling halus, agen penyerap seperti alkohol digunakan.Fig.8. Salutan tisu L dan bahan pelekat untukkerja pengukuhan.Meja penyedut ini (vacuum hot table) kemudiannya diaktifkan bagi penyerapan pelekat yang sekata.
Seterusnya lebihan pelekat dikeluarkan dan dicuci daripada permukaan cat. Lapisan cat yang melalui proses ini menjadi kembali kukuh. Setelah itu cabaran yang berikutnya ialah mengambil masa lama untuk membuka kembali lapisan pemegang pelekat daripada kertas tisu lens ini (lens tissue paper) . Membuka tisu ini umpama membuka baluatan luka manusia, cuma bezanya manusia dapat bersuara jika kerja dilakukan dengan kasar atau ia akan mendapat luka pasca buka. Kami sentiasa mengingatkan sesama sendiri semasa membuka balutan tisu daripada catan ini agar dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Biar lambat asal selamat.[Photo] Fig.9. Infilling dengan kalsium karbonat (CaCO3).Kerja infilling dilakukan sebaik salutan tisu habis dibuka dan lebihan bahan pelekat dicuci daripada permukaan catan. Bagi kerja-kerja infilling campuran kalsium karbonat (CaCO3), gelatin dan air nyah ion digunakan sebagai bahan latar (ground). Bahagian-bahagian yang kehilangan latar diisikan dan diratakan. Setelah ia siap bahagian ini telah sedia untuk ditutup dengan lapisan warna atau inpainting.
Inpainting ialah satu kaedah non destruktif dalam konservasi, ia merupakan lapisan nipis yang terakhir dengan menggunakan bahan warna yang boleh ditanggalkan kemudiannya.Ramai di kalangan pengumpul dan pelukis kerap menggunakan istilah touch-up untuk kerja-kerja ini tetapi ia adalah suatu perkara yang berbeza dari segi amalan dan etikanya.[Photo]Fig.10. Pemasangan copper tack.Proses terakhir kerja-kerja menyelamatkan karya ini ialah membingkaikannya semula selepas ia diregangkan menggunakan paku tembaga (copper tack) dan pelapik daripada kertas memisahkan paku dan kanvas. Catan dan bingkai kami jarakkan menggunakan kaedah LM(6) dan satu lapisan penebat sel udara seperti kusyen bagi mengelakkan kanvas dicederakan oleh kayu bingkai yang dipasangkan di bahagian dalam bingkai. Bahagian belakang catan yang kosong ini ditutup dengan archival foamboard bagi mengelakkan habuk dan perangkap oksigen yang akan memudaratkan permukaan catan kelak.Fig.11. Bahagian belakang catan yang dipasang dengan backing board.Dalam pelaksanaan kerja-kerja konservasi ini semua bahan adalah yang boleh diubah (reversible), kandungannya direkod; keadaan objek atau karya didokumenkan sebelum, semasa dan selepas. Setelah kerja ini selesai ia akan dikembalikan ke pusat repositori atau galeri pameran keadaannya diperhati jika berlaku sebarang perubahan. Selain memastikan keadaan kelembapan,cahaya,suhu dan sistem keselamatan bagi memastikan karya ini berada dalam keadaan baik dan selamat. Ia juga bergantung kepada tanggungjawab dan sikap kita sebagai penghayat untuk bekerjasama menjaga dan memulihara warisan seni visual negara.[Photo] 'Menora' selepas rawatan.
Rujukan
- Tse, Nicole. South East Asian Oil, Painting: Supports and Preparatory Layers. 2006. CCMC, University of Melbourne.
- Matusky, P and Beng, T.S. The Music of Malaysia, The Classical, folk and Syncretic Tradition. 2001. SOAS Musicology Series.
- The Conservation Unit. Science For Conservator Volume 2.1987. Routledge London and New York.
- Amerrudin Ahmad, Basic Guide Lines for Conservation of Mixed Media Painting, 1998-1999. Desertation for Conservation of Cultural Material NRLC, Lucknow, India.
- Balai Seni Lukis Negara. Lapuran Tahunan 1981. Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur.
- National Art Gallery. Report of the Working Committee on Activities and Achievements from June 3,1958 to February 28, 1963. Kuala Lumpur 15 Mac 1963.
Glosari
- Acid Free - Keadaan bahan yang neutral atau alkali dalam pH, biasa digunakan untuk menyatakan jenis kertas yang digunakan untuk membungkus/menyimpan koleksi karya atau artifak.
- Backing – Material yang dilekatkan di belakang alas utama. Perletakan untuk menutup sebahagian atau keseluruhan belakang catan.
- Cleavage - Serpihan atau pemisahan lapisan-lapisan media. Contoh : serpihan cat daripada alas/kanvas.
- Crack(retak) - Pemisahan atau patahan di antara satu atau lebih lapisan material, biasanya adalah hasil daripada tekanan mekanikal atau pengecutan akibat kering.
- Deionized water- Sejenis air yang diproses dengan membuang kandungan ion larutan kimia dengan disalirkan melalui tabung khas. Kebanyakan ion yang dinyahkan adalah merbahaya kepada kertas seperti ion besi dan tembaga. Proses ini juga membuang kalsium dan ion lain yang biasanya ditambah dalam air nyah-ion untuk tujuan kesihatan.
- Dry cleaning (cuci kering) - Teknik cucian mudah untuk membuang kotoran dan habuk yang tidak tertanam atau melakat pada objek. Kaedah ini menggunakan berus, kain, penyembur angin dan bahan daripada getah. Kaedah ini juga dipanggil sebagai surface cleaning.
- Fading(pudar) - Perubahan dalam pigmen atau pencelup warna, kebiasaannya adalah akibat terdedah kepada cahaya, tetapi kadangkala juga disebabkan oleh perubahan pH atau pendedahan kepada pencemaran atau bahan kimia.
- Fill / infilling – Sejenis teknik untuk menggantikan kehilangan latar.
- Humidify – Prosedur rawatan di mana kelembapan digunakan sam ada dalam bentuk kabut cecair atau semburan atau wap air untuk mengembalikan keanjalan kertas/kain atau apa-apa bahan. Untuk membenarkan pelepasan dan pembentukan ikatan hidrogen di dalam alas kertas atau kain bagi membolehkan penyusunan semula serat.
- Inpainting – Teknik restorasi untuk menggantikan kawasan yang kehilangan media bagi tujuan menyambung penghayatan. Bahan daripada serbuk pigmen atau pelbagai media artis digunakan.
3 comments:
Kerja yang menarik tentang konservasi. Sesekali nak ikut anda di makmal. Seperti saya beritahu dulu, saya ada tiga lukisan potret (sayalah modelnya) di lukis oleh Wardoyo (karyanya turut dihimpun oleh Soekarno) dan 2 potretku oleh Nyoman Gunarsa. Karya tu dah berusia 38 tahun. yKarya Wardoyo hampir rosak, cat minyaknya banyak yang gugur, mungkin kurang terpentine, kanvas murah. Karya2 tu boleh masuk ke rumahsakitmu? (Siti Zainon Ismail)
bolehh prof..
mula-mula ia perlu diagnosis, kemudian saya berikan cadangan rawatan utk persetujuan prof. kalau prosesnya pemulihannya dapat di 'publish' utk dikongsi bersama(tentu ramai yg nak tengok prof masa jadi model dulu..)
Tapi..masa yg diambil mgkin lama sikit sebab tgh siapkan beberapa projek smpai akhir tahun ni.
Terimakasi Doktor sakitseni. Lepas raya ni kita bawa potret silam tu ke makmal ye.Hahaha, banyak juga lukisan cat minyak saya yang sakit.
(SZI)
Post a Comment